Terkini

Jelajah Ikon Madani santuni warga negeri Kelantan

PENGKALAN CHEPA – Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Program Townhall Madani Bersama Menteri Dalam Negeri. Majlis dihadiri lebih 1,500 pelajar yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Institut Latihan Perindustrian (ILPKB).

Program bermula dengan sesi Perkongsian Pengalaman Keusahawanan bersama Zoey Rahman, selebriti dan usahawan tanah air. Turut diadakan sesi penyerahan sumbangan dan bantuan awal pendidikan seperti bantuan tunai, (Keperluan Asas ke IPT) Kit Madani dan pemberian cermin mata percuma ke Menara Gading kepada seramai 1,000 lebih pelajar yang layak dari komuniti setempat.

Majlis Perasmian Jelajah Ikon Madani Peringkat Negeri Kelantan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail, Menteri Dalam Negeri di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota,Pengkalan Chepa, Kelantan. YB Menteri juga turut berbesar hati berkongsi ilmu dan pengalaman pada sesi Townhall Ikon Madani ‘Membentuk Mahasiswa Madani’ bersama para pelajar yang hadir.

Program Jelajah Ikon Madani (IKON) merupakan program inisiatif Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri dan PRIHATIN berkonsepkan bual bicara yang menyasarkan pelajar-pelajar baru dan bakal graduan di Institusi Pendidikan Tinggi. IKON juga merupakan program perkongsian ilmu daripada Tokoh-tokoh ternama yang berjaya dalam pelbagai bidang seterusnya melahirkan graduan yang mempunyai mentaliti kelas pertama. Program IKON yang akan dilaksanakan ini juga turut menjemput beberapa Ikon Malaysia daripada pelbagai bidang untuk perkongsian ilmu dan pengalaman.

Menurut YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri, “Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah berjaya menganjurkan program IKON yang menjadi penanda aras dan diterjemahkan konsep nilai-nilai murni yang ingin dibawa serta diketengahkan oleh Malaysia Madani dalam mempersiapkan diri mahasiswa untuk kekal berdaya saing dengan memperolehi ilmu dan tips yang boleh diimplimentasikan untuk kehidupan mendatang yang jauh lebih mencabar. Dengan kehadiran Ikon bagi program townhall untuk berkongsi pengalaman dan pemberian bantuan kepada para pelajar diharap agar sedikit sebanyak mengurangkan beban selain meningkatkan motivasi bagi memajukan diri mereka ke suatu tahap lebih baik.” ujar beliau.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali berkata, “Keunikan program IKON ini selain sesi bual bicara tokoh bersama pelajar, kami akan menyantuni komuniti pelajar dan masyarakat setempat dengan memberi sumbangan berbentuk bantuan cermin mata percuma, bantuan tunai dan bantuan barangan keperluan kepada pelajar terpilih dalam kategori asnaf dan komuniti B40 untuk meringankan beban dan kos sara hidup mereka di kampus. Saya turut berharap agar semua warga serta rakyat Malaysia menyambut baik program yang akan dianjurkan oleh Kerajaan melalui J-KOM dan PRIHATIN dalam menyahut seruan dan memangkin wadah ‘Malaysia Madani’ kerana pelbagai manfaat serta semangat kejituan dalam melahirkan semangat perpaduan di antara kita rakyat Malaysia untuk sama-sama berganding bahu merealisasikan Malaysia Madani seterusnya mewujudkan Malaysia yang sejahtera, maju dan makmur.”


J-KOM dan PRIHATIN melihat program kali ini mampu mengangkat dan memperkasakan pendidikan ke suatu tahap yang lebih tinggi dengan kerjasama yang diatur dan dilaksanakan bersama pihak-pihak yang terlibat.

Turut hadir Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff (Ketua Pengarah J-KOM), Prof. Dato’ Dr. Razili Che Razak (Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan), Datuk Abdul Malik Abdullah (Penasihat Ekonomi & Antarabangsa PRIHATIN) dan En. Badrul Kauzi (Presiden Himpunan Siswazah Kelantan).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: