Gaya Hidup

Wajib ada! Samsung Galaxy A54 BERBALOI dan PADU untuk dimiliki

Bila bercerita tentang prestasi Samsung Galaxy A54 5G memang tidak pernah habis. Sebab kehebatan peranti smartphone ini terbukti TERBAIK!

Malaysianews TV menambah lagi info ‘premium’ tentang peranti ini agar anda tidak jauh ketinggalan!

Samsung Electronics Co. Ltd. melancarkan telefon pintar berciri premium, dalam keluarannya yang mampu milik. Daripada kamera, kepada bateri, ketahanan dan kelajuan peranti ini, kesemuanya dilengkapi dengan ‘feature’ alaf baru.

Dengan penawaran harga hebat RM 1,899, anda mampu memiliki peranti pintar dan bergaya masa kini.

3 kehebatan Samsung Galaxy A54 yang premium dan ‘Awesome’

Bentuk & rekaan lebih padu

Samsung Galaxy A54 lebih dramatik dan reka bentuknya seakan Samsung S23.

Galaxy A54 5G menampilkan rekaan diperbaharui yang berbeza dengan Galaxy A53 5G sebelum ini. Tiada lagi bonggol yang menempatkan modul-modul kamera dan sebaliknya modul-modul berkenaan yang membonjol tersebut disusun sebaris secara menegak, mirip dengan rekaan siri Galaxy S23.

Keutuhannya juga dipertingkatkan dari model terdahulu dengan kali ini menggunakan perlindungan Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan juga belakangnya. Sungguhpun kerangkanya diperbuat daripada kemasan plastik matte, binaannya tetap padu apabila dipegang.

Pada sisi atas telefon pintar ini, terdapat satu slot kad SIM / mikroSD dan mikrofon. Manakala pada bahagian sisi kanannya pula menempatkan butang kawalan audio dan kuasa.

Tiada bicu audio 3.5mm disediakan pada telefon pintar ini untuk anda menikmati audio menggunakan fon telinga berwayar. Walaubagaimanapun, pembesar suaranya menerima penalaan Dolby Atmos yang ditempatkan pada bahagian bawah bersebelahan port USB-C.

Sama ada disebabkan oleh penalaan Dolby Atmos atau kualiti pembesar suaranya itu sendiri, Galaxy A54 5G memberikan hasil bunyi stereo yang lantang dan mantap tanpa herotan (distortion) walaupun dilaraskan pada tahap yang tinggi ketika memainkan media. Kualiti bunyi dari panggilan telefon juga dikira sebagai baik dan boleh didengar dengan jelas.

Galaxy A54 memiliki rekaan permukaan rata yang ringkas dan elegan pada bahagian belakangnya yang juga menempatkan modul tri-kamera. Terdapat satu lampu LED bersebelahan dengan modul-modul kamera berkenaan.

Kelajuan Galaxy A54 5G berprestij

Sesuai dengan peredaran masa yang semakin maju ke hadapan, pastinya prestasi kelajuan merupakan antara ciri penting ketika mencari peranti baharu. Rangkaian 5G merupakan jaringan rangkaian masa kini yang lebih up-to-date.

Rangkaian ini menampilkan kependaman yang lebih rendah, kapasiti yang lebih tinggi, dan juga jalur lebar yang lebih baik berbanding dengan 4G.

Penambah baikan rangkaian ini memberi impak yang meluas terhadap cara kehidupan masa kini. Tidak kira sama ada dari segi pekerjaan, pembelajaran atau pada penggunaan pengisian masa lapang. Kemaskini kemampuan rangkaian 5G membuka peluang, untuk penerokaan ke tahap baharu.

Teknologi kamera dan video ‘Super WOW’

Kapasiti kamera utama 50MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, 5MP makro dan kamera swafoto 32MP. Lensa sudut lebar 50MP dilengkapi sistem OIS. Dari segi prestasi, kamera boleh melakukan rakaman video sehingga resolusi 4K 30FPS. Terdapat ciri Makro, AR, Potret, Panorama, Pro Video, Pro dan Hyperlapse.

Contoh gambar mod nightography

Mod Nightography untuk mengambil gambar pada waktu malam turut boleh digunakan.

Contoh gambar dengan pencahayaan indoor
Contoh gambar Wide angle

Tiada perbezaan warna apabila bertukar dari lensa sudut lebar ke ultra sudut lebar. Mengejutkan kerana pada S23 Ultra terdapat perbezaan warna yang ketara. Kami menyedari masa diambil untuk bertukar antara lensa dan zum adalah tidak begitu pantas. Ini adalah isu pada peranti kelas pertengahan Android. Jika kepantasan yang anda cari, belilah sebuah peranti mercu.

Contoh gambar panorama
Contoh gambar potrait

Kamera menyokong mod zum digital sehingga 10 kali sahaja. Di bawah ialah sampel gambar yang diambil pada tetapan 10X.

Contoh gambar 10x zoom

Ketetapan bateri tahan lama

Berkapasiti 5,000mAh, Galaxy A54 5G mempunyai kapasiti yang sama dengan model keluaran tahun lalu. Bezanya, untuk tahun ini prestasinya adalah lebih baik.

Dalam kebanyakan masa, penggunaannya secara berterusan dapat dikekalkan sekitar 6 jam hingga 6 jam setengah. Ini berdasarkan tahap kecerahan paparan sekitar 90% dan tanpa mod penjimatan tenaga.

Pengecasan pantasnya hanya terhad pada 25W sahaja dan pada kebiasaannya saya mengambil masa sekitar dua jam untuk mengecas dari paras 20% hingga ke 100%. Semakan saya juga mendapati telefon pintar ini tidak didatangkan dengan ciri pengecasan nirwayar.

Prestasi mengagumkan

Prestasi Galaxy A54 5G yang menggunakan pemprosesan Samsung Exynos 1380 didapati amat baik.

Secara teorinya, ia lebih baik jika dibandingkan dengan Exynos 1280 pada Galaxy A53 5G yang mempunyai dua teras Cortex-78 dan enam Cortex-A55. Sebagai perbandingan, Exynos 1380 mempunyai empat teras Cortex-78 dan empat Cortex-A55. Justeru, memberikan peningkatan pada markah ujian penanda arasnya.

Prestasinya bukanlah setinggi yang ditawarkan oleh telefon pintar mercu seperti siri Galaxy S23. Memandangkan ia merupakan pemprosesan Exynos, isu seperti telefon menjadi panas ketika memuat turun atau memainkan permainan masih lagi berlaku. Terdapat juga beberapa ketika telefon pintar ini dirasakan agak lambat ketika menyahkuncinya, namun pengalaman keseluruhan penggunaannya masih lagi dikira lancar.

Fungsi berbilang tugasan (multi-tasking) juga dapat dilaksanakan dengan lancar pada Galaxy A54 5G. Anda boleh melayari aplikasi-aplikasi lain sambil menonton YouTube secara ‘gambar-dalam-gambar’ (picture-in-picture) tanpa sebarang masalah dan ia sememangnya sudah dijangkakan bagi telefon pintar peringkat menengah sepertinya.

5 Sebab kenapa anda perlu ada Samsung Galaxy A54

Ini komen jujur dari team kami selepas menggunakan Samsung Galaxy A54!

Bagi anda yang terdiri dari kelas pertengahan tetapi mencari telefon pintar dengan kuasa sebaris telefon pintar terhebat yang lain, anda perlu dapatkan Samsung Galaxy A54. Lebih berbaloi dan kami jamin anda pasti berpuas hati.

  1. Kuasa kamera dan video yang lebih berteknologi menghasilkan kualiti gambar serta video anda lebih cantik dan tidak perlu melalui proses editing yang berat.
  2. Pengecasan yang lebih pantas dan menjimatkan masa dengan kapasiti 5,000mAh. Penggunaan lebih tahan lama dan tiada masalah peranti menjadi panas.
  3. Sesuai untuk ‘Kaki Gamer’. Tiada isu animasi nampak perlahan dan tiada juga sebarang masalah pemanasan setakat ini.
  4. Sokongan stereo dan juga sistem audio Dolby Atmos. Ia seperti anda berada dalam ruang panggung wayang dengan bunyi lebih padu apabila menonton video.
  5. Penambahan aplikasi Samsung Wallet dan Samsung Link to Windows, ianya terbukti sebagai jenama yang sentiasa mengemas kini teknologi bagi kemudahan pengguna.

Secara keseluruhannya, Ini smartphone kelas pertengahan terbaik pilihan kami!

Samsung Galaxy A54 ialah sebuah peranti kelas pertengahan yang cukup menarik kerana mempunyai skrin yang mantap, pemproses kelas pertengahan yang berkuasa, kamera yang tidak mengecewakan, perisian penuh ciri, bateri berkapasiti besar dan sokongan empat versi Android. Oleh itu kami rasakan ia sepatutnya lebih serasi jika ia menggunakan nama Samsung Galaxy S23 Lite kerana mempunyai beberapa ciri yang setanding.

Selain itu, penggunaan antaramuka Samsung One UI 5.1 yang didatangkan dengan sokongan kemaskini perisian dan keselamatan untuk tempoh yang panjang juga menjadi salah satu faktor menariknya.

Setiap penambahbaikan yang dilakukan pada peranti ini seberat 202 gram ini memberikan satu kelebihan kepada anda yang memerlukan satu peranti untuk kegunaan harian, cekap dan pantas daripada segi pemprosesan.

Satu lagi ciri menarik ialah ciri FUN dimana kamera ini dilengkapi lensa Snapchat yang unik menjadikan gambar dihasilkan menjadi pelbagai bentuk yang pelik dan menyeronokkan.

Perkongsian fail penting yang mengandungi maklumat sensitif atau peribadi dengan tahap privasi dan kawalan tertinggi juga khusus dilindungi ciri Private Share.

Samsung Galaxy A54 5G yang baru diperkenalkan di pasaran negara ini ditawarkan pada harga RM1,899 untuk 8GB RAM/256GB storan. Ia hadir dengan pilihan warna seperti Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome White.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: