Gaya Hidup

Samsung lancar Neo QLED TV dan Peti Sejuk BESPOKE

Kuala Lumpur – Samsung memperkenalkan barisan produk baharu untuk kediaman yang memfokuskan kepada personalization (diperibadikan) iaitu Samsung Neo QLED 8K TV dan juga Samsung Bespoke Top Mount Freezer Refrigerator.

Menurut Samsung, selari dengan perubahan dalam trend gaya hidup masyarakat di Malaysia, jenama teknologi terkemuka ini membawakan pengalaman serba baharu kepada pengguna menerusi kedua-dua produk baharu ini yang merangkumi keunikan rekaan, penawaran ciri dan fungsi menarik dan lain-lain.

Samsung Neo QLED TV ini hadir dengan teknologi terkini yang termasuk Neural Quantum Processor 8K yang memanfaatkan AI dan teknologi pembelajaran mesin untuk memastikan setiap butiran pada skrin lebih memuaskan. Televisyen ini juga memiliki teknologi seperti Auto HDR Remastering, Real Depth Enhancer Pro dan Perceptional Color Mapping serta EyeComfort Care.

Selain itu, Samsung Neo QLED TV juga memiliki pembesar suara ‘top chanel’ dengan Dolby Atmos bersama ciri Adaptive Sound Pro dan pengalaman Gaming yang lebih memuaskan dengan Gaming Hub.

Seterusnya, pengalaman gaming 4K pada televisyen pintar terbaru Samsung ini juga dipertingkatkan dengan ciri Motion Xcelerator Turbo Pro dan FreeSync Premium Pro serta gaming pada kadar segar semula 144Hz.

Ciri yang paling menarik pada Samsung Neo QLED 8K TV adalah mod EyeComfort yang akan mengubah warna dan pencahayaan pada skrin mengikut keadaan dan waktu semasa. Melaluinya, anda tidak perlu risau akan kedudukan televisyen anda di rumah untuk mendapatkan keselesaan sewaktu tontonan.

Anda boleh memadankannya bersama pembesar audio luar iaitu Soundbar Siri Q untuk mendapatkan kualiti audio yang baik menerusi teknologi Q-Symphony. Menurut Samsung, teknologi ini membenarkan televisyen dan juga pembesar suara pada peranti untuk beroperasi dengan lebih baik mengikut keadaan persekitaran.

Berikut adalah harga Samsung Neo QLED TV di Malaysia :

  • 85′ Neo QLED 8K QN900C – RM43,699 – percuma Q-Series Soundbar HW-Q990C bernilai RM6,49
  • 75″ Neo QLED 8K QN900C – RM28,699 – percuma Q-Series Soundbar HW-Q930C bernilai RM4,999
  • 65″ Neo QLED 8K QN900C – RM21,699 – percuma Q-Series Soundbar HW-Q930C bernilai RM4,999
  • 85″ Neo QLED 8K QN800C – RM32,699 – percuma Q-Series Soundbar HW-Q8000C bernilai RM3,999
  • 75″ Neo QLED 8K QN700C – RM18,199 – percuma Q-Series Soundbar HW-Q700C bernilai RM2,999
  • 65″ Neo QLED 8K QN700C – RM15,199 – percuma Q-Series Soundbar HW-Q700C bernilai RM2,999

Berikut adalah harga bagi Samsung Neo QLED 4K :

  • 85″ Neo QLED 4K QN95C – RM 24,199
  • 75″ Neo QLED 4K QN95C – RM 19,199
  • 65″ Neo QLED 4K QN95C – RM 13,399
  • 55″ Neo QLED 4K QN95C – RM 11,199
  • 85″ Neo QLED 4K QN85C – RM 18,599
  • 75″ Neo QLED 4K QN85C – RM 13,599
  • 65″ Neo QLED 4K QN85C – RM 9,599

Kesemua model Neo QLED 4K di atas akan menerima Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599 secara percuma.

  • 85″ Neo QLED 4K Q80C – RM 15,199
  • 75″ Neo QLED 4K Q80C – RM 11,199
  • 65″ Neo QLED 4K Q80C – RM 7,199
  • 55″ Neo QLED 4K Q80C – RM 5,999

Untuk model Bespoke bagi peti sejuk terbaru Samsung, ia hadir dengan 7 pilihan warna yang boleh ditukar dan diperibadikan mengikut citarasa pengguna. Dengan ini ia boleh disesuaikan bersama dengan perabot dalaman di dapur rumah anda tanpa perlu mengubahsuai keseluruhan ruangan.

Apa yang menarik untuk peti sejuk Bespoke keluaran Samsung ini, ia menggunakan kemasan gelas yang boleh ditulis menggunakan pen untuk tujuan meninggalkan memo. Antara pilihan warna yang ditawarkan adalah Clean Vanilla, Clean White, Clean Black, Clean Pink, Clean Navy dan Clean Peach.

Jika anda menggemari kemasan bukan berkilau, Samsung Bespoke Top Mount Freezer Refrigerator turut memperkenalkan kemasan Cotta yang hadir dengan 3 pilihan warna iaitu PCM White, PCM Charcoal and PCM Pink.

Peti penyejuk BESPOKE ini tampil dengan teknologi seperti Optima Fresh+, penggunaan bersama aplikasi SmartThings dan 20 tahun jaminan waranti bagi motor (kompresor).

Peti sejuk BESPOKE ini tampil didalam dua kemasan iaitu Clean Glass yang tahan calar dan mudah dibersihkan selain kemasan Cotta (matte) dengan kapasiti dari 404L hingga 476L dengan harga dari RM 3,199 sehingga RM 3,399.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: