IMG-20230607-WA0014

Kuala Lumpur – Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, adalah antara bintang terkemuka yang akan mewarnai konsert komposer terkenal David Foster di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 7 Ogos ini.

Konsert The Hitman David Foster And Friends Asia Tour itu turut menampilkan nama besar lain seperti Michael Bolton, Loren Allred, isteri Foster, Katherene McPhee, dan Peabo Bryson.

Kredit gambar : BERNAMA

Konsert nostalgia ini adalah antara misi jelajah muzik Foster yang sudah memenangi 16 Anugerah Grammy termasuk tiga piala Penerbit Tahunan Terbaik. Beliau juga pernah memenangi Anugerah Emmy, Anugerah Golden Globe dan Anugerah Academy.

Foster, 73 tahun, juga dikenali sebagai insan seni yang banyak mencungkil bakat baru dan berpotensi serta melancarkan kerjaya artis ke tahap lebih tinggi.

Antaranya, Celine Dion, Josh Groban dan Michael Buble kesemuanya berjaya hasil lagu-lagu Foster. Lagu ‘hit’ Foster juga tercipta untuk Whitney Houston, Michael Jackson, Rod Stewart, Stevie Wonder, Earth, Wind And Fire, Toni Braxton, Natalie Cole, Madonna dan Andrea Bocelli.

Konsert “David Foster & Friends” ini adalah anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama B De Paris Beauty Project Ent. Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 Teras Utama iaitu Pendidikan, Kepimpinan dan Keusahawanan.

Konsert yang menggabungkan artis tanah air dan antarababgsa ini, pastinya akan menjadi suatu fenomena baharu bagi peminat tempatan dan antarabangsa apabila konsert ini pastimenggamit memori gandingan dua artis terkenal ini pada tahun 2014.

Konsert ini bakal mengukuhkan nama Malaysia dipersada antarabangsa dan memperkuatkan
hubungan di antara Malaysia dan negara luar di samping mampu memperkasa pendidikan melalui usaha Yayasan Prihatin Nasional menganjurkan konsert amal antarabangsa berskala besar untuk mengumpul dana kebajikan.

Siti mengakui bahawa sejak kali pertama dia berkesempatan berkolaborasi bersama Foster, dia mengharapkan itu bukanlah peluang terakhir buat dirinya.

Beliau memberitahu pernah berkolaborasi bersama David Foster pada tahun 2014 untuk pertama kali. Katanya, untuk konsert kali ini, beliau dihubungi sendiri oleh pihak pengurusan Foster yang mempelawanya untuk berkolaborasi dalam konsert yang bakal diadakan di Malaysia dan Singapura.

Hasil jualan tiket ini juga akan disalurkan ke Tabung Kasih PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat pendidikan pelajar di menara gading yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40.

Peminat juga sudah boleh mendapatkan tiket dengan harga RM288, RM388, RM488, RM688, RM788 dan RM988 di laman sesawang di www.myticket.Asia.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading