Kuala Lumpur – Hidangan Baba Nyonya atau Cina Peranakan memang serasi dengan tekak orang Melayu. Pengaruh sajian Melayu terutama bahan ramuannya banyak yang menyamai ramuan sajian Melayu.
Kebanyakan daripada mereka menetap di Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Indonesia dan berkahwin campur dengan orang Melayu tempatan. Oleh itu, makanan Nyonya ialah hasil gabungan bahan Cina dengan pelbagai rempah-ratus istimewa dan teknik memasak yang digunakan oleh masyarakat Melayu.

Baru-baru ini, Malaysianews TV dijemput menikmati keenakan makanan Baba Nyonya di hotel Santa Grand Signature, Kuala Lumpur. Hotel yang baru beroperasi selama setahun ini, berkonsepkan keturunan unik yang pastinya satu pengalaman menarik kepada para pengunjung.
Melangkah masuk ke lobi utama, kami dihidangkan dekorasi Baba Nyonya yang sangat menarik dan lagu-lagu tradisional sebagai halwa telinga sebelum dijemput ke kafe Kapitan bagi menjamu selera. Kami disambut dengan kaki tangan hotel yang berpakaian kebaya nyonya seolah-olah berada benar di perkampungan peranakan Melaka.

Dihidangkan pelbagai makanan dan kuih muih tradisi peranakan, membuatkan rasa teruja untuk mencuba kesemuanya. Antara menu yang dijamu seperti laksa peranakan, asam laksa, mi kari laksa, kuih udang, buah melaka, kuih lapis, kuih koci, buah-buahan dan pelbagai lagi.
Bagi keturunan Baba Nyonya ini, semestinya laksa peranakan cukup sinonim di kalangan mereka namun masih baru bagi kita yang lebih menggemari laksa Penang, Johor, Pahang mahupun Sarawak.

Laksa Peranakan seakan-akan laksa Pahang yang menggunakan santan, namun ianya laksa yang cukup unik dengan gabungan lemak dan masam pedas. Laksa Peranakan menggunakan kuah lemak kuning dengan isi ikan yang banyak bagi memekatkannya dan dilengkapi perahan limau. Bagi laksa ini, tidak cukup dengan hanya kuahnya yang membangkitkan selera jika tidak dimakan sekali dengan telur rebus, udang galah, kacang panjang dan beberapa tambahan bahan lain yang membuatkan anda rasa tidak cukup semangkuk menikmatinya.


Pengurus Besar, Yeow Hock Siew berkata laksa Peranakan yang ada dimasak oleh cef berpengalaman ini menggunakan resepi asli dan ia berbeza dengan tempat lain.

“Kesemua menu Baba Nyonya terutama laksa peranakan yang ada disini kesemuanya menggunakan resepi asli turun temurun dan apabila anda makan disini, sudah pasti akan datang lagi kerana keenakan makanan tradisi yang tidak dapat di tempat lain.
“Ramai pengunjung yang pernah datang kesini pasti datang semula samada untuk menginap atau menikmati juadah di kafe kami, selain itu kami terletak di kawasan strategik untuk anda berehat sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur” katanya.


Selain itu, juadah lain yang dinikmati keseluruhannya sedap dan boleh dikatakan terbaik dari segi rasa, kebersihan, penyediaan makanan dan layanan yang diberikan.
Kami setuju mengatakan hotel 4 bintang ini sangat berbaloi dikunjungi untuk menginap seisi keluarga dan menikmati pelbagai makanan di kafe mereka.

Resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Malaysia tempatan Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef). Sehingga hari ini, Santa Grand Signature Kuala Lumpur mengekalkan kaedah memasak tradisional dan menggunakan bahan premium yang paling segar.
Disamping itu anda boleh merasai melihat suasana diatas pandangan tinggi seperti KLCC, Menara 118 dan juga Menara Kuala Lumpur, di hadapan kolam dan gim Santa Grand Hotels Kuala Lumpur.
Menu promosi boleh didapati di ketiga-tiga restoran; Kopi Bar, Kapitan Café dan Sky Lounge dari 1* Ogos 2023 hingga 31% Disember 2023 menjanjikan untuk menggembirakan ahli masakan Baba Nyonya.
Untuk sebarang tempahan, boleh layari www.santagrandhotels.com.my
