6

Cyberjaya – DXN Holdings Berhad (DXN), syarikat produk makanan kesihatan tambahan tempatan yang bermula di Kuala Nerang, Kedah kini berjaya melebarkan sayapnya ke 180 negara dengan 14 juta pengedar seluruh dunia.

Pengasasnya, Datuk Lim Siow Jin berkata, DXN kini memiliki lebih 300 jenis produk yang menggunakan bahan asas utamanya, cendawan ganoderma atau Lingzhi.

Pengasas DXN, Datuk Lim Siow Jin

Katanya, DXN turut memberikan peluang pekerjaan kepada 2,500 pekerja tempatan tidak termasuk luar negara terutama di kilang pemprosesan, pejabat pengurusan dan pusat jualan DXN di Kedah, sejak 1993.

Pertumbuhan kukuh itu disebabkan oleh syarikat hanya membuat pelarasan harga sekitar 6.9 peratus pada tahun lalu berbanding syarikat jualan langsung (MLM) lain yang menyelaras di antara 20 hingga 30 peratus harga produk.

Menambah lanjut, beliau turut memperkenalkan herba hempedu bumi dengan nama saintifiknya Andrographis yang biasa digunakan oleh pengamal perubatan tradisional Cina, Ayurveda dan Greek.

“Andrographis paniculata amat dikenali dan digunakan secara meluas dalam perubatan traditional.

“Oleh itu, ia dipilih untuk dirumus sebagai salah satu suplemen kesihatan dan pemakanan DXN yang dikenali Andro G,” katanya.

Andro G yang telah berada dipasaran semenjak 26 tahun yang lalu mendapat sambutan memberangsangkan berikutan kesedaran pengguna mengenai rahsia dan khasiatnya.

Khasiat dan kelebihan Andro G diyakini mampu mengawal dan menurunkan kadar kandungan gula dalam darah terutama pada penghidap kencing manis disamping membantu menurunkan kadar kandungan kolestrol dalam darah.

Selain itu, Andro G berupaya sebagai alternatif ubat tahan sakit yang tidak berisiko kepada keupayaan buah pinggang. Ia juga berfungsi membantu mengurangkan haba dalam badan serta menggalakkan kesihatan respiratori.

Oleh kerana keupayaannya untuk menguatkan sistem imun, Andrographis paniculata dipercayai mampu menahan penyakit seperti batuk, radang tonsil, cirit-birit, sakit perut, keradangan cacing, penyakit hati, sakit tekak, bronkitis, alergi, masalah buah pinggang, malaria dan pelbagai lagi. Andro-G juga berfungsi meningkatkan sistem imun.

Jelasnya lagi, Andro G antara produk kesihatan yang mendapat sambutan apabila penjualannya menyumbang 4.04 peratus daripada 1 billion jumlah jualan keseluruhan produk DXN dari Julai 2022 sehingga Jun 2023.

Andro G dikeluarkan pada tahun 1997 dan diluluskan oleh NPRA (MAL 19973096T) dan mendapat kelulusan MAB (Lembaga Iklan Ubat).

Pengguna Andro G,  Tajudin Awang, 70, menambah telah menggunakan suplemen ini dan beberapa produk DXN lain sejak 20 tahun lepas sebagai makanan tambahan wajib diamalkan setiap hari.

Pengasasnya, Datuk Lim Siow Jin (kiri) dan Tajudin Awang (kanan)

“Saya menggunakan Andro G dan produk lain sudah lama dan Alhamdulillah saya tiada sebarang penyakit berangkai dan badan semakin sihat cergas.

“Saya pernah diserang penyakit gout dan selepas amalkan Andro G kini tahap asid urik kembali ke paras normal dan tidak lagi diserang simptom yang sama sehingga kini” katanyakepada Malaysianews TV.

Produk Andro G dipasarkan dengan harga berpatutan. Bagi Andro G 90 berharga RM 114 (bukan ahli) dan RM75.90 (ahli) manakala Andro G 30 dengan harga RM 41.10 (bukan ahli) dan RM27.40 (ahli).

Dalam masa sama, Lim turut menjelaskan sasaran jualan keseluruhan produx DXN pada tahun ini bakal mencapai lebih RM1 Bilion dan DXN Holdings BHD kini telah disenaraikan secara rasmi di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Untuk maklumat DXN mula ditubuhkan pada tahun 1993 memasarkan pelbagai produk makanan kesihatan daripada herba berkualiti tinggi.

Antara produk lain seperti kopi Lingzhi, kapsul Mengkudu Kapsul, Jus Roselle, Reishi Gano Kapsul (RG), Ganocelium Kapsul (GL), produk bayi, kulit serta produk penjagaan wajah.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading