1

Shah Alam – Memulakan kerjaya sebagai wartawan berita dari tahun 2004 membuka peluang Mohd Faizal Zakaria, 48, mengumpul pelbagai pengalaman dan ilmu terutama dalam bidang digital.

Bermula dengan hilang pekerjaan selepas menerima Skim Pemisahan Sukarela (VSS), beliau tidak membuang masa dan terus mengaplikasi kesemua pengalaman yang ada dengan menubuhkan syarikat Make It Bigger Resources bersama rakan kongsi yang juga seorang Pengarah Seni bernama Norazwan Nazim pada 2018.

Bagi melebarkan empayarnya, syarikat melalui fasa penjenamaan semula dengan melahirkan Modachi Sdn Bhd yang menyediakan servis penceritaan (story­telling) dan kandungan digital yang baik bagi sesuatu perniagaan mahupun jenama.

Berperanan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Faizal yakin bidang penyediaan kandungan mempunyai pasaran luas pada masa kini.

“Sebagai syarikat penyedia kandungan berstrategi dan juga khidmat konsultasi dalam perundingan perniagaan, Modachi menawarkan servis berkualiti tinggi kepada klien-kliennya.

“Tidak semua syarikat penyedia kandungan mempunyai pengalaman yang baik dalam storytelling, disini kami memberi elemen ini dengan membantu produk mahupun servis klien kami disampaikan kepada kumpulan sasaran dengan cara yang berbeza namun lengkap dengan input yang tepat” katanya.

Mohd Faizal yang kini menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam menambah, pada masa kini ramai usahawan yang gemar menggunakan teknik ‘bad marketing‘ namun ia dilihat hanya bersifat sementara sahaja.

Bad marketing adalah satu teknik pemasaran yang mengena namun ianya tidak bertahan lama dan pada akhirnya, tiada input baik kekal sampai kepada pengguna.

“Disini, saya menggunakan teknik storytelling dimana ia terbukti kekal dan mampu diingati oleh pengguna dan juga relevan sampai bila-bila” jelasnya lagi.

Beliau turut menambah, teknik storytelling ini juga lengkap dengan maklumat yang disampaikan serta mudah mencapai misi sasaran kempen pemasaran dan promosi.

“Dalam kempen perniagaan atau perkhidmatan, media tradisi seperti akhbar dan portal masih relevan dan trusted, namun kandungan digital adalah satu cabang baru yang harus bergerak serentak” ujarnya.

Dengan pakej serendah RM5000, Modachi mampu memberi impak positif kepada mana-mana jenama serta memberi nilai tambah dalam sesuatu perniagaan dan perkhidmatan.

Tambahnya, sehingga kini lebih 50 jenama termasuk syarikat korporat telah berjaya ditingkatkan melalui servis Modachi dan menyasarkan peningkatan sasaran RM10 juta pada tahun 2024 dan sasaran RM5 juta bakal dicapai sehingga hujung tahun ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading