Putrajaya – Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia 2023 (MIE) yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) meraikan ratusan golongan pendidik selurh Malaysia disini hari ini.
Majlis penganugerahan yang berlangsung kali kelima itu diadakan di Hotel Putrajaya Marriot dengan objektif menghargai jasa para guru di negara ini yang giat memberikan contoh dan pengajaran terbaik buat para pelajar dan masyarakat.
Secara keseluruhan seramai lebih 585 orang pendidik mendapat pengiktirafan Anugerah MIE dengan mendukung misi ‘Pendidikan merupakan isu penting bagi kehidupan, negara dan juga manusia’. Pengiktirafan ini dilihat mampu mengangkat kumpulan wira-wira tidak didendang yang menggiatkan diri dalam pelbagai bidang pendidikan demi perkembangan ekonomi negara dan intelektual.

Presiden Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh, Tiffany Tan berkata, MIE akan sentiasa memastikan jasa para pendidik ini dikenang dan dihargai sampai bila-bila.
“Kami bakal mengeluarkan sebah buku biografi yang menghimpunkan penerima anugerah ini dan jasa-jasa mereka
Jelasnya lagi, selain sijil penganugerahan yang akan diberikan, buku ini juga adalah sebagai bukti dan bertujuan bagi orang ramai melihat para pendidik yang diiktiraf dan menghargai jasa mereka.

“Buku biografi ini akan diberikan kepada semua penerima anugerah tahun hadapan” tambahnya.
“Ini juga merupakan hasrat asal majlis penghargaan Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia yang dianjurkan kerana karier pendidikan melambangkan pemikulan tanggungjawab yang berat dan misi yang mulia.

“Selama ini, saya sentiasa berharap untuk mencurahkan semangat dan kepercayaan saya bagi mencipta nilai kepada masyarakat” katanya.
Turut hadir; Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perancangan Strategik Dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia.
