MTXX_PT20231015_160401250

Kuala Lumpur – Berikutan isu penarikan diri Elly Mazlein atau lebih dikenali Kak Lina Pom Pom dari mengacara program TV All Star GegarVaganza (ASGV) yang tular baru-baru ini ternyata mengejutkan para peminatnya.

Selebriti dan pengkritik tetap program itu, Hetty Koes Endang menyifatkan ia adalah hak pengacara tersebut dan menghormati keputusan yang dibuat.

“Saya baru mengetahui berita ini malam tadi, saya hormati keputusan itu namun program ini harus diteruskan kerana masih ada dua lagi pengacara disitu.

“Malah, kita juga tahu, ada peminat yang suka dan ada tidak suka.

“ASGV kali ini lebih besar disertai para juara, saya doakan Kak Lina sukses diluar”

Beliau ketika ditemui dalam sidang media disini hari ini berharap Elly Mazlein lebih kuat menghadapi cabaran dalam bidang yang diceburi.

“Saya harap Kak Lina kuat mentalnya, apa sahaja yang berlaku perlu jalan terus dan jangan ada heart feeling atau berkecil hati apabila ada komen atau kritikan dari penonton.

“Anggap sahaja apabila masuk rumah orang ikut sahaja cara mereka. Mahu buat apa sahaja perlu kuat mental atau tidak.

“Jujurnya selama saya bersama GV saya tak pernah baca komen. Sebab saya tahu ada suka dan ada tidak suka. Saya tetap jadi diri saya,” ujarnya lagi.

Hetty turut menambah, pengacara sedia ada seperti Jihan dan Nabil telah lama berada dalam program itu, jadi Elly Mazlein perlu ada semangat berpasukan memastikan program itu berjaya.

“Ayuh Lina, masuk semula” sorak Hetty.

Pada sidang media itu, Hetty mengumumkan Konsert After Hours With Hetty Koes Endang di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), yang sepatutnya dianjurkan pada 11 November, ditangguhkan kepada 24 Februari tahun depan.

Sebelum ini, dilaporan Elly Mazlein mengesahkan berundur dari ASGV selepas pengumuman dibuat penyiar, Astro.

Elly dilapor memohon maaf tidak dapat meneruskan tugas mengendalikan program itu bersama Nabil dan Jihan atas sebab peribadi

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading