64d54f22-14ca-45a7-9c01-333515f4145f

Kuala Lumpur – Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang menerima baik apabila Konsertnya yang dijadual berlangsung pada 11 November ini terpaksa ditunda.

 Tarikh Konsert After Hours With Hetty Koes Endang yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) terpaksa dianjak kepada 24 Februari 2024 berikutan isu permit Pusat Permohonan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Anis (kiri) dan Hetty pada sidang media mengumumkan penundaan Konsert After Hours With Hetty Koes Endang

Pengarah Eksekutif Visual Print Sdn Bhd, Anis Fathiah Abd Hamid berkata, permit PUSPAL tidak boleh dikeluarkan memandangkan ia telah diberikan kepada pihak Astro terlebih dahulu.

“Bonda Hetty terikat dengan program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) hingga Disember depan dan permit telah diberikan kepada Astro dahulu.

“Kami akur kerana permit PUSPAL tidak boleh dikeluarkan dua kali dalam satu masa, pihak kami juga telah berbincang dan bersetuju menunda tarikh kepada Februari tahun depan” katanya dalam sidang media di kediamannya semalam.

Jelasnya lagi, pihaknya berlapang dada dan mengangap ia satu hikmah agar dapat membuat persiapan lebih terperinci menjelang hari konsert tersebut.

“Semua persiapan telah dibuat dan penjualan tiket juga telah bermula dan Alhamdulillah para peminat yang membeli tiket juga menerima penundaan tarikh ini dengan baik” ujarnya lagi.

Anis turut menambah, kemunculan artis jemputan yang akan membuat persembahan pada malam konsert itu masih belum boleh diberitahu dan yang pasti akan menggamatkan dan mengejutkan para peminat.

“Para peminat boleh dapatkan tiket sekarang sebelum kehabisan dan yang pasti akan ada kejutan pada malam konsert nanti” tambahnya.

Sementara itu, Hetty Koes Endang,66, ketika ditemui optimis dengan penundaan tarikh tersebut dan berharap dapat beri yang lebih terbaik pada konsertnya nanti.

“Kebetulan, sekarang saya sibuk dan setiap minggu berulang alik untuk ASGV. Jadi, ini semua ada hikmahnya, kita tidak usah kesal. Apa yang penting kita utamakan kesihatan supaya semuanya lancar.

“Kita ikut saja apa yang dimahukan PUSPAL. Setakat ini, saya ikut apa saja peraturannya. Insya-Allah mungkin saya ada masa untuk buat persiapan yang lebih rapi untuk ‘show’ itu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, pada malam konsertnya nanti bakal dipersembahkan penampilan istimewa anaknya, Afifah Yusuf.

Tiket konsert boleh didapati sekarang di https://www.tix-box.com/ticket/after-hours-with-hetty-koes-endang/ atau hubungi
+60 17-711 8945 untuk tempahan meja.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading