IMG-20231018-WA0008

Petaling Jaya – Seorang Pengarah syarikat dikenali sebagai Toh ,55, ditahan atas kes pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa dengan menerima wang syarikat daripada pelanggan berjumlah RM246,000 bagi membeli sebuah apartmen mewah bernilai RM2.4 juta.

Walau bagaimanapun, individu terbabit cuba mengelak dengan bersembunyi disebalik polis apabila diserbu pihak media.

Bermula pada tahun 2021, tertuduh melalui syarikat Pxxxxxx Mxxx Sdn Bhd telah menerima caj pembinaan sebanyak RM246,000 daripada pelanggan tanpa pengetahuan syarikat. Selain itu, tertuduh dipercayai tidak mengembalikan akaun syarikat yang diambil sehingga mengakibatkan kesukaran pihak syarikat menyediakan laporan cukai dan membuat pembayaran kepada kakitangan dan vendor.

Selain itu, pelanggan yang membayar individu ini secara peribadi tanpa melalui prosedur yang betul juga diambil tindakan undang-undang oleh syarikat untuk menuntut bayaran tertunggak.

Menurut sumber yang dipercayai, syarikat ini terkenal dalam industri Airbnb walaupun sebelumnya menjalankan perniagaan mereka sendiri namun tidak menyangka rakan kongsinya mengambil jalan mudah dengan mencuri kewangan syarikat.

Sumber turut menambah, tertuduh juga mempunyai tabiat negatif dengan mempengaruhi wanita dikalangan para pelajar.

“Orang yang mengenali tertuduh ini tahu bahawa dia mempunyai sifat tamak kepada wang. Jadi, tuduhan penyelewengan terhadap individu ini bukanlah perkara yang mengejutkan.

Jelasnya lagi, tertuduh pernah mengadu dan mengeluh apabila terpaksa menaggung bebanan hutang yang banyak sehingga bertindak meminta wang syarikat sejak tahun 2021.

“Apabila tertuduh menyedari bahawa dia tidak boleh mendapat faedah dari Pxxxxxx Mxxx Sdn Bhd dalam masa yang singkat, dia mula merancang penyelewengan dengan mendakwa bahawa dia akan menyiasat akaun syarikat dengan menipu kepercayaan rakan kongsi, dan kemudian dia menyimpan akaun tersebut dan menghilangkan diri.

Tertuduh juga yakin tindakan penyelewengan itu dirancang bertujuan untuk membuat rakan kongsi terjerat dalam keadaan yang tidak pasti, dimana mereka tidak boleh menuntut sebarang ganti rugi keatas wang yang diambil.

Selepas menghidu penyelewengan yang berlaku, pengarah syarikat memutuskan untuk membawa kes ini ke muka pengadilan.

“Sejujurnya, siapa yang akan mengaku bahawa mereka adalah penjenayah? Kami sudah sedia maklum bahawa dia akan menafikan tuduhan penyelewangan” kata sumber itu lagi.

Sumber turut berharap dengan pendedahan kes penyelewengan ini, lebih banyak skandal yang tidak diketahui akan terbongkar.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading