image3

Ditawarkan dalam dua pilihan warna yang anggun, Porselin Putih dan Kelabu Grafit, penulen air dengan fungsi pembuatan ais ini menghasilkan kiub ais yang jernih melalui sistem automatik sepenuhnya dan menyimpan ais dalam tangki ais tertutup yang dilengkapi dengan pensterilan UV. Ini melindungi ais anda daripada sebarang rasa yang tidak menyenangkan yang dipengaruhi oleh bahan makanan lain di dalam peti sejuk atau mempunyai tekstur yang kasar mahupun tidak sekata. 

Tingkatkan rutin penghidratan harian anda dengan ais dan air tulen sambil mengekalkan kawalan sepenuhnya. Dengan tetapan “My Cup” yang inovatif, anda boleh menetapkan isipadu pilihan anda, antara 120ml hingga 800ml, bagi meningkatkan pengalaman semasa membancuh minuman atau mengambil air. Selain itu, dapatkan penjimatan tenaga lebih apabila anda tiada dengan mengaktifkan “Eco Mode”, apabila berada dalam persekitaran gelap lebih daripada sepuluh minit, butang LED akan menjadi lebih malap dan menghentikan pemprosesan ais buat sementara waktu selepas ia selesai mengisi tangki ais. Dengan ketinggian pengekstrakan ergonomik 24cm yang boleh memuatkan kebanyakan gelas, jag serta periuk, Coway AIS menjadikan proses pengambilan air dan ais lebih mudah.

Selain itu, Coway AIS direka dengan teliti untuk membekalkan rumah anda dengan air minuman dan ais yang tulen secara berterusan. Saiz tangki yang diperbesarkan untuk air panas (1.5L), sejuk (1.8L) dan suhu bilik (1.8L) dapat memastikan aliran stabil yang memenuhi keperluan harian anda. Tangki ais yang khas dengan kapasiti untuk menyimpan 0.7kg kiub ais jernih akan disalurkan ke dalam cawan anda dengan tahap kebersihan yang terbaik, hanya melalui satu sentuhan butang dan menjamin setiap gelas anda dipenuhi dengan ais yang sempurna. 

Nikmati minuman anda tanpa keraguan dengan fungsi “Dual UV Sterilisation” automatik serba baharu daripada 6 langkah sistem penulenan air mensterilkan tangki ais tiga kali sehari manakala saluran air akan disterilkan empat kali sehari untuk membasmi hampir 99.9% bakteria (seperti E. coli, S.aureus, P.aeruginosa). Semua penapis Coway AIS adalah diiktiraf Halal dan disahkan oleh Persatuan Kualiti Air (WQA) manakala air yang telah ditulen akan disimpan dalam tangki tertutup bersih yang diperbuat daripada komponen yang diperakui NSF.

Coway AIS disertakan dengan ikrar penjagaan berkualiti. Pakar Coway akan menjalankan lawatan perkhidmatan penyelenggaraan yang komprehensif setiap dua bulan yang merangkumi pembersihan menyeluruh, penukaran penapis dan sokongan teknikal yang diperlukan untuk memastikan penulen air ais anda kekal dalam keadaan optimum untuk kehidupan unggul bagi tahun-tahun yang akan datang.

Pada terasnya, Coway AIS bukan sekadar penulen air kebiasaan, ia melambangkan gaya hidup yang unggul, menawarkan bekalan ais dan air tulen di kediaman anda, dan mudah untuk diharmonikan dengan estetika rumah anda. Ketahui cara untuk meningkatkan gaya hidup anda hari ini dengan melayari www.coway.com.my.

KUALA LUMPUR – Syarikat Best Life Solution, Coway, mengorak langkah untuk menerokai gaya hidup yang lebih unggul dengan memperkenalkan Coway AIS – penulen air dengan fungsi pembuatan ais kepada pasaran Malaysia buat kali pertama. Ia terhasil untuk meningkatkan kualiti hidup anda melalui fungsi pembuatan ais dan reka bentuk yang anggun, sesuai untuk diletakkan di atas meja di ruang kediaman mengikut cita rasa anda. Simbol keunggulan ini bakal meningkatkan dan mengubah pengalaman harian anda dengan gabungan gaya dan fungsi hebat yang sempurna. 

Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia berkata, “Coway AIS direka untuk mereka yang inginkan kesempurnaan dalam setiap aspek kehidupan tanpa menjejaskan kualiti, kemudahan dan nilai estetika. Ia direka untuk mereka yang inginkan ais dan air tulen terbaik di rumah. Ia diperbuat untuk mereka yang mahukan sebuah penulen air dengan fungsi pembuatan ais yang canggih dan bergaya, serta meningkatkan lagi keanggunan persekitaran di mana ia diletakkan. Selain daripada fungsinya, ciri-ciri Coway AIS direka untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang semakin pesat kehadapan. Coway AIS menggabungkan fungsi dan nilai elegan dengan paparan reka bentuk yang inovatif dan unggul.”

Leave a Reply