8bee3a5a-7187-4814-b8db-fe40dd5bc7e5

Shah Alam – Buat julung-julung kalinya, SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB) mengumumkan pelancaran program terbaharunya iaitu Wacana Srikandi sempena Hari Wanita Sedunia bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 5 Mac depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nor Azlina Amran, forum itu merupakan acara menarik sempena Wacana Srikandi menampilkan beberapa tokoh usahawan di Malaysia yang akan membicarakan aspek ekonomi dan sosial.

“Tiga ikon tersebut ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn Bhd, Aleeya Zailan dan penerima Anugerah Inspirasi Pesona Wanita Johor, Masitah Mohd Affandy yang akan terlibat dalam forum bual bicara wanita bertajuk Wanita Inspirasi Ikon Berkualiti pada program itu yang dihoskan oleh Fedtri Yahya.

“Forum ini dijangka memberikan pencerahan kepada tetamu yang hadir mengenai peranan wanita dalam dunia yang kian mencabar ini. Kami berharap perkongsian kejayaan mereka dalam bidang keusahawanan akan memberikan manfaat kepada mereka yang hadir,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd., Nor Azlina Amran

Dengan tema ‘Memperkasakan Wanita, Mengarus Perdana Gender’ bertujuan memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk terus mencapai kerjaya dan kehidupan.

‘’Setiap kejayaan seorang wanita pasti ada satu perkara yang menyebabkan mereka bangkit, dari situ saya terfikir kenapa tidak memanggil tokoh untuk berkongsi.

‘’Dan kita juga akan tahu (rungkai) apakah rahsia di sebalik kejayaan panel-panel kita pada hari tersebut di dalam keadaan dunia yang semakin mencabar’’. Katanya pada sesi sidang media yang berlangsung di SACC Convec Shah Alam pada hari ini.

Dari kiri Pegawai Pemasaran Argania, Hazwani, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat SACC, Sapna Turmidi, Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd., Nor Azlina Amran, Selebriti, Syamel dan Pengasas Jedan, Puan Zira

Tambahnya lagi, penaja utama program itu ialah PKNS, Menteri Besar Incorparated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Argania, Ferraflora dan kerjasama Thrillerz dan Myticketasia.

Difahamkan, program Wacana Srikandi ini juga bakal dihiburkan lagi dengan kehadiran beberapa penyanyi ter enal tanah air seperi Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri.

Mereka yang berminat untuk menyertai program Wacana Srikandi boleh membuat pembelian tiket melalui www.myticket.asia.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading