9bc57c39-f1e9-4bb9-b56d-0198ae595df9

Cyberjaya – Persatuan Peniaga dan Pengimpot Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menunjukkan tekadnya dalam membanteras rasuah dengan melaksanakan kunjungan hormat buat julung kali ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam pertemuan yang berlangsung selama satu jam di Ibu Pejabat SPRM itu, Presiden PEKEMA, Datuk Hj Mohamed Nazari Noordin dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki, memberi fokus kepada inisiatif dan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua pihak dalam membanteras gejala rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Tan Sri Dato’ Sri Azam berkata, SPRM terbuka untuk menjalinkan kerjasama erat dengan PEKEMA demi meningkatkan keberkesanan langkah-langkah pencegahan rasuah di Malaysia.

Dari kiri; Dato’ Hj Wan Sazrudeen Bin Dato’ Hj Wan Zaid, Timbalan Presiden Pekema, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki (tengah) dan Presiden PEKEMA, Datuk Hj Mohamed Nazari Noordin

“Diharapkan hubungan antara SPRM dan PEKEMA ini dapat diperkasakan melalui perkongsian pengetahuan pada masa akan datang dengan penganjuran program seperti forum berkaitan berkaitan isu-isu rasuah dan penerangan tentang Akta-Akta SPRM, ujarnya.

Sementara itu, Datuk Hj Mohamed Nazari pula mengungkapkan penghargaan kepada SPRM atas inisiatif kerjasama yang dapat memperkukuhkan hubungan antara PEKEMA dan SPRM.

“Salah satu usulan yang dibicarakan adalah penyelenggaraan program khusus mengenai Akta Rasuah dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram bagi syarikat ahli PEKEMA bertujuan memberikan pemahaman mendalam kepada anggota PEKEMA tentang prosedur penyiasatan yang dilakukan oleh SPRM dalam sesuatu kes,” katanya.

Kunjungan tersebut dianggap sebagai langkah awal dalam membangun sinergi antara sektor swasta dan agensi pencegahan rasuah, dengan harapan mencapai tujuan bersama untuk mewujudkan masyarakat bebas dari gejala rasuah di Malaysia.

Menerusi kunjungan hormat itu, Datuk Nazari turut diiringi oleh Timbalan Presiden PEKEMA, Dato’ Hj Wan Sazrudeen Bin Dato’ Hj Wan Zaid; Setiausaha Kehormat PEKEMA, En. Ahmad Faresh Bin Ahmad Zahid; Bendahari Kehormat PEKEMA, Encik Ikmal Haqemi Bin Dato’ Sri Ikmal Hisham serta pihak pengurusan PEKEMA.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading