Kuala Lumpur – Menggunakan media sosial sebagai saluran mencari bakat baru adalah usaha yang diketengahkan oleh penyanyi dan komposer Zul 2by2 sejak bulan Mac lalu.
Zul berkata, media sosial seharusnya menjadi ruang yang boleh dimanfaatkan bagi aktiviti yang sihat dan memupuk orang ramai dengan konten-konten yang baik dan sekaligus mampu menjana pendapatan.
“Saya sudah lama memikirkan idea ini kerana kita ramai bakat-bakat baru yang hebat tetapi mereka tidak tahu dimana untuk ketengahkan bakat tersebut.
“Jadi, saya menggunakan saluran tiktok dan melancarkan TikTok Asia Battle 2024, Alhamdulillah program ini mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan dari empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapiura” katanya kepada Malaysianews TV.

Menurutnya lagi, sesi uji bakat telah berlangsung pada awal Mac lalu dan menyaksikan lebih 100 penyertaan dari 4 buah negara tersebut dan dijuri oleh Zul sendiri selaku juri tetap.
Program yang berlangsung itu menggunakan saluran TikTok rasmi @Zul2by2_MayaTheGirls setiap hari.
“Stage Battle peringkat akhir akan bermula pada 16 April ini dimana setiap negara masing-masing diwakili seramai 10 orang peserta dan setiap negara juga akan diwakili seorang kapten bağı membantu juri tetap.
“Proses ini perlulah dilakukan secara telus dan adil untuk mencari bakat baru terbaik dan mampu memeriahkan lagi industri seni kita” jelasnya.
Ujarnya lagi kapten setiap negara telah dipilih antaranya Bang Mie dari Malaysia, Ferhat dari Indonesia, Maharaja dari Brunei dan Madi dari Singapura.

Hadiah-hadiah menarik ditawarkan bagi Juara berupa wang tunai sebanyak RM2000 termasuk single terbaru lagu ciptaan Aiman (Zul2by2) koş bernilai RM8000 dan pembikinan video muzik bernilai RM4000.
Manakala, Naib Juara bakal membawa pulang wang tunai RM1500 dan tempat ketiga pula sebanyak RM1000. Bagi persembahan terbaik dan vokal terbaik masing-masing sebanyak RM300.
Zul turut menghargai penyertaan ramai penaja yang menyokong program ini antaranya Julia Suarez, Sharlina Katering dari Brunei, Sirotol Mustaqim, Bang Mie, SweetMaya Event Management, Zieda 36 Auto Garage, Dangau 2by2 Seafood & Western dan Malaysianews TV sebagai media rasmi.
