003

Kuala Lumpur – MILO® berjaya melancarkan inisiatif Pentas Tenaga MILO® yang dinanti-nantikan di Taylor’s University hari ini, sekaligus menyemarakkan semangat dalam  kalangan 200 orang belia menerusi siri bicara inspirasi. Sebagai sebahagian daripada kempen Skuad Tenaga Malaysia MILO®, Pentas Tenaga MILO® berfungsi  sebagai sebuah platform dengan tujuan untuk menginspirasi dan memberikan suara kepada golongan belia untuk terus mengejar matlamat dan cita-cita mereka.

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO® berkata, “Pentas Tenaga MILO® merupakan bukti kukuh terhadap komitmen kami. Menerusi inisiatif ini, kami berhasrat untuk menginspirasi para belia untuk memanfaatkan kelebihan dalaman mereka, menghadapi cabaran dengan tabah dan mengejar matlamat dengan keazaman tinggi dalam setiap aspek kehidupan.”

MILO® sentiasa komited dalam memastikan juara-juara muda mendapat khasiat secukupnya serta memperkasakan mereka dengan teras nilai hidup. Setiap produk MILO® dalam rangkaian kami diperakui Pilihan Sihat, kriteria nutrien yang ketat untuk kategori produk ini. Dengan itu, produk kami bukan sahaja membekalkan tenaga untuk gaya hidup aktif tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan para pengguna kami; dari segi fizikal, mental dan rohani,” tambah beliau.  

Ben Foo, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Taylor’s University berkongsi, “Di Taylor’s, kami mengutamakan kecemerlangan akademik dan perkembangan kendiri. Inisiatif Pentas Tenaga MILO® telah menawarkan pelajar kami pandangan dan inspirasi berharga dari pakar dalam pelbagai bidang, termasuk Ulama kami yang dihormati, untuk membantu mencapai matlamat mereka. Kami menghargai usaha MILO® dalam memperjuangkan inisiatif ini dan berharap dapat menyaksikan impak positifnya dalam kalangan komuniti pelajar kami.”

Acara ini menampilkan beberapa panel jemputan berpengaruh yang berkongsi kisah sebenar hidup mereka, mengenai keazaman dan daya tahan dalam bidang masing-masing termasuk: 

  • Nadhir Nasar

Nadhir Nasar, seorang pelakon Malaysia berbakat, terkenal menerusi watak beliau dalam drama televisyen dan filem. Pada usia 28 tahun, beliau bukan sahaja cemerlang sebagai seorang pelakon, tetapi juga bercita-cita untuk menceburi bidang pengarahan dengan matlamat  untuk membawakan impak yang signifikan dalam industri  filem. Selain itu, Nadhir Nasar juga merupakan ahli Rakan MILO® dan aktif dalam menyokong  kempen Skuad Tenaga Malaysia MILO®.

  • Kim May Chee

Kim May Chee, seorang usahawan wanita yang berjaya, telah berjaya menempa nama dengan melancarkan bar blow-dry pertama Malaysia, COCOdry pada usia 26 tahun, menunjukkan semangat keusahawanan dan inovasi yang luar biasa.

  • Sivasangari Subramaniam 

Sivasangari, seorang pemain skuasy kebangsaan, mencapai kedudukan kerjaya terbaiknya pada No.10 di pentas dunia pada umur 25 tahun. Beliau telah menerima penghormatan sebagai Atlet Bulanan oleh The World Games bagi pencapaian kemenangan beliau yang mengagumkan di London Classic. 

Menyokong matlamat MILO® bagi menginspirasikan dan memperkasakan golongan belia, platform ini juga memberikan peluang kepada  para pelajar untuk menginjak ke pentas utama dan berkongsi pengalaman peribadi mereka tentang cabaran yang diatasi demi mencapai kejayaan.  

  • Emir Rusyaidi

Emir, seorang pemegang biasiswa Taylor yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Beliau juga merupakan veteran dalam pertandingan catur kompetitif dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun, yang telah berkhidmat sebagai Presiden Kelab Catur Universiti Taylor dari tahun 2020 hingga 2024. Emir juga seorang yang mahir dan berpengalaman dalam bidang penuturan awam. 

  • Koh Zi Tian

Zi Tian, seorang pemegang biasiswa Taylor yang sedang melanjutkan pengajian dalam Sarjana Muda Undang-Undang. Beliau juga merupakan Penari Ballroom Standard Malaysia yang telah mewakili negara di Perancis, Itali, Taiwan dan China.  Beliau juga berkhidmat sebagai duta kampus bagi pelbagai jenama global. 

Kisah suara-suara muda ini menjadi bukti kukuh kepada mesej teras kempen bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk mengatasi kesusahan mereka dan memberi impak yang signifikan. 

Ketika acara tersebut, MILO® turut berinteraksi dengan pelajar menerusi cruiser tenaga MILO® dan membekalkan tenaga berkhasiat kepada pelajar yang hadir dengan pengedaran 5,000 cawan MILO® dari lori ikonik MILO®, serta mengedarkan pek stik mudah MILO® yang mengandungi kesemua enam produk – MILO® 3-in-1, MILO® Original, MILO® dengan Bijirin Penuh, MILO® Kurang Gula, MILO® Hi-Fibre dan yang terbaru MILO® Intense Dark Chocolate. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi MILO® Malaysia www.milo.com.my.   

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading