ca002604-3f0f-43de-a285-b6934c316698

Klang – Syarikat perkhidmatan keselamatan marin, SHM Shipcare Sdn. Bhd., yang berpengalaman lebih 20 tahun merupakan pelopor bumiputera pertama di negara ini dalam bidang marin.

SHM bersedia mewujudkan hab penyediaan perkhidmatan keselamatan marin dan sistem kelangsungan hidup dalam industri perkhidmatan marin dan luar pesisir merentasi dunia.

Pengarah Eksekutif SHM (Malaysia), Datuk Huzefa Zainuddin berkata, usaha itu melalui perkhidmatan jualan dan penyelenggaraan pelbagai rangkaian peralatan keselamatan maritim dan luar pesisir pantai. Antaranya seperti bot keselamatan (Rigid dan Inflatable), peralatan perlindungan diri, peralatan menyelamatkan nyawa, bot keselamatan, jaket dan pelampung keselamatan dan pelbagai peralatan lain.

Dengan memegang kunci kata  ‘safe seas, safe shores’, beliau menjadikan keselamatan marin perkara utama yang wajib diambil kira diatas kapal.

“Keselamatan sangat penting, itu adalah perkara yang tidak boleh dipandang remeh kerana nyawa manusia itu sangat berharga dan tiada galang gantinya.

“Kecemasan atau kejadian tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa, tak kira di darat atau di tengah lautan, bayangkan jika berlaku di tengah laut dan bantuan lambat sampai, disini pentingnya peralatan bantuan keselamatan sementara yang mampu membantu kita.

“Tetapi setiap peralatan keselamatan juga perlulah menjalani selenggaraan yang betul agar berfungsi dengan baik” katanya.

Jelasnya lagi, setiap peralatan keselamatan memiliki tarikh luput tersendiri dan syarikat perkapalan perlu memastikan ia diselenggara dan diperiksa oleh syarikat keselamatan marin yang berpengalaman.

“Di SHM, kami sentiasa bersedia 24 jam setiap hari bagi memberikan servis pemeriksaan peralatan keselamatan bagi kapal-kapal yang berlabuh.

“Peranan kami kami untuk mendidik pelanggan untuk mematuhi ‘international law safety’. Bukan itu sahaja, kami juga memastikan setiap kapal mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan” ujarnya lagi.

Pengarah Eksekutif SHM (Malaysia), Datuk Huzefa Zainuddin dan Pengurus Besar Syarikat, Avnish Sharma sedang melihat item keselamatan

Huzefa turut menjelaskan bukan mudah baginya untuk memulakan perniagaan syarikatnya itu. Pelbagai cabaran dilalui sejak mula ditubuhkan pada 14 Jun 2014.

“Sebagai syarikat bumiputera pertama yang menceburi industri keselamatan marin ini, saya katakan ia bukan satu jalan yang mudah untuk dilalui.

“Terlalu banyak cabaran dan saya menjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘role model’ untuk terus kekal dalam perniagaan ini. Saya yakin dengan usaha, kualiti dan disiplin, Insya Allah pasti berjaya” tambahnya lagi.

Pengurus Besar Syarikat, Avnish Sharma menambah, SHM Shipcare bakal melebarkan empayarnya ke Timor Leste, Indonesia pada tahun 2025.

“Kita melihat Timor Leste sebagai sebuah lokasi yang mempunyai pelabuhan terbaik yang bakal berkembang.

“Kami telah memulakan perancangan yang teliti dan berharap ini menjadi realiti untuk SHM terus mampu mengorak pasaran dunia” katanya.

Sebagai tambahan, SHM Shipcare Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat bumiputera Malaysia yang ditubuhkan pada 2014 dan hampir sedekad kepakaran dalam industri keselamatan marin di Malaysia dan seluruh negara APAC.

SHM Shipcare mencapai kejayaan dengan mewujudkan piawaian industri tertinggi yang sepadan dengan ISO 45001:2018, OHSAS dan DOSH.

Memegang visi teras untuk menjadikan kehidupan selamat di laut, tiga kekuatan utama mereka adalah konsisten, kualiti dan penghantaran tepat pada masanya dalam sektor keselamatan marin dan sistem survival.

Rangkaiannya yang mantap di sepanjang pantai Malaysia dan 15 bandar pelabuhan utama di India, Singapura, Shanghai, Dubai dan Colombo.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading