9dd40dde-472b-4050-bcd0-9eaf6869b45e

JOHOR BAHRU – Negara kehilangan  permata negara yang banyak memberi jasa terutama  kepada  institusi kewangan di negara ini,  iaitu bekas gabenor Bank Negara , Allahyarham  Tan Sri Ahmad Mohd Don yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 17 september lalu di kediaman keluarganya di Jalan Tengah, Stulang Bahru.

Berita pemergian Allahyarham   turut memberi kesan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Anwar Ibrahim yang turut menzahirkan rasa takziah menerusi penghantaran di laman facebook miliknya, “Mendoakan kekuatan buat  keluarganya atas ujian yang getir ini dan semoga ruhnya diberi keampunan oleh Allah SWT serta ruhnya diberikan tempat yang terbaik olehnya” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Turut mendapat perhatian daripada pelbagai agensi-agensi dan jabatan-jabatan dengan kiriman  ucapan takziah diatas pemergian Allahyarham dan salah satu darinya juga adalah daripada  PPZ-MAIWP melalui hantaran di media social facebook miliknya  “Jasa dan sumbangan beliau dalam industri perbankan negara dari tahun 1994 – 1998 akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia dan pastinya sumbangan Almarhum kepada asnaf melalui bayaran zakat di Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sejak tahun 1995 lagi”.

Allahyarham meninggal pada usia 77 tahun dan kisah perjalanan pemergiannya turut dikongsikan oleh  isterinya Puan Sri Hamidah Mohamed. Menurut beliau, pada penghujung November tahun lalu, Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)  dan di tahan selama dua  minggu serta diintubasi.

Setelah itu Allahyarham turut ditahan lagi untuk beberapa minggu akibat  penyakit yang dihidapinya. Bagaimana pun situasi yang dilaluinya dalam beberapa minggu tersebut telah menyebabkan Allahyarham mengalami trauma dan mengambil keputusan tidak  ke hospital serta menolak untuk membuat “tapak” bagi menjalani proses dialisis seperti yang disarankan oleh pihak doktor.

Walau bagaimanapun, Allahyarham hanya dapat bertahan sehingga bulan Mei 2024 dan ditahan semula di Sunway Medical Petaling Jaya . Kali ini Allahyarham bersetuju untuk menjalani proses membuat “tapak” dialisis seterusnya menjalani rawatan tersebut bermula dengan tiga kali dalam seminggu sehinggalah dinaikkan kepada empat  kali  seminggu.

Puan Sri Hamidah sekeluarga meluahkan rasa berterima kasihnya kepada kumpulan doktor yang bertungkus lumus menjaga dan merawat  Allahyarham semasa hayatnya iaitu Nephrologist Dr.Thiruventhiran dan Dr Azreen, Cardiologist Dr .Datuk Anuar Marzuki dan Dr. Mohd Kamal,  Geriatrician Dr .Edward dan Dermatologist Dr .Sharifah Rosniza. 

Mengenang  minggu-minggu terakhirnya dan  atas dasar tanggungjawab yang digalas, Allahyarham yang masih berada di Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) telah meminta pihak peguam, kakitangan bank dan juga kakitangan Amanah Saham Berhad (ASM)  untuk berjumpa bagi menyelesaikan semua urusan-urusan yang tertangguh dan yang belum selesai . Setelah 16 hari berada dalam unit HDU,  akhirnya para doktor yang merawat Allahyarham memaklukan bahawa mereka tidak dapat meneruskan lagi alat sokongan perubatan.

Justeru, isterinya telah  mengambil keputusan membawa suaminya dengan persetujuan  pulang ke rumah mereka. Pada 16 haribulan sekitar jam 11.30 malam pihak ambulan dan keluarga sampai di rumah Johor Bharu dan mengambil masa kira-kira sejam bagi  kumpulan paramedik  menguruskan penyediaan dan ketibaannya di rumah.

Walau bagaimana pun, Allah lebih menyayangi Allahyarham apabila  jam 1.50 pagi pada 17 oktober 2024, ketika isterinya menunaikan solat telah dimaklumkan oleh anaknya tentang pemergian suami tercinta. Allahyarham juga sempat meminta kesemua anak-anak dan cucu-cucunya berkumpul dan mengambil gambar bersama pada minggu terakhir hayatnya.

Allahyarham telah dimandi dan dikapankan di Surau Darussalam Stulang Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Danga pada jam 10.30 pagi.

Allahyarham telah meninggalkan tujuh anak dan yang paling terkesan adalah anak bongsunya Nurul Izzah Ahmad, 18 yang menuntut di Sunway College AUSMAT(Australia).

Menurut ibunya, Nurul Izzah terlalu rapat dengan suaminya. “Dia paling rapat dgn arwah dan berita papanya meninggal menyebabkan dia kemurungan dgn berasa arwah masih ada bersama.  Arwah juga telah membuat persiapan dari awal untuk menghantar anak bongsunya  melanjutkan pengajian ke University of Queensland tahun hadapan dalam jurusan Bachelor of Business.

“Sebelum masuk ICU, arwah sendiri yang memandu untuk menghantar anak kesayangan ke sekolah sejak  dari tadika lagi sehingga tamat Cambridge International General Certificate  of Secondary Education (IGCSE),” katanya. 

Tan Sri Ahmad memiliki pengalaman yang luas dalam bidang kewangan dan perbankan.  Beliau bermula dengan meraih kelulusan dalam pendidikan Ijazah Ekonomi dengan Kepujian daripada  Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom pada tahun 1969.

Beliau  merupakan ahli Fellow Institute of Chartered Accountants di England dan Wales serta ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah. Menerusi pengalaman    tersebut, beliau telah dilantik sebagai gabenor Bank Negara ke-5 iaitu dari bulan Mei 1994 hingga bulan  Ogos 1998.

Beliau pernah menyandang jawatan selaku Ketua Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1991 hingga tahun 1994. Beliau meluaskan lagi kepakaran dengan memikul peranan penting selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Alliance Bank Malaysia Bhd pada tahun 2017 sehingga tahun ini.

Walaupun nama beliau kian dilupakan  namun  jasa dan sumbangan beliau yang telah menerajui tampuk kepimpinan bank Negara Malaysia dan juga pembangunan institusi kewangan di negara yang  membawa nama Malaysia ke serata dunia sentiasa disanjungi.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading