Honor sekali lagi buat kejutan dengan melancarkan telefon pintar paling kuat, teguh dan tidak mudah pecah. Jika sebelum ini, ada Honor X9b yang sudah cukup hebat, kali ini Honor bawakan Honor X9c jauh lebih padu.

Kenapa ia dikatakan telefon paling padu tahun ini?
Jom.. kami huraikan.
Apa ada dalam kotak?
1) Telefon pintar Honor X9c 5G
2) Kabel USB C
3) Plug pengecas
4) Pin
5) Cover

Honor X9c menawarkan ketahanan untuk jangka masa panjang. Peranti turut dijangka mempunyai persamaan dengan siri X60 baharu yang diumumkan di China tempoh hari. Hal ini demikian kerana trend yang sama turut pernah digunakan Honor pada generasi sebelum ini cuma perbezaan pada penjenamaan dan sejumlah kecil perkakasan dalaman sahaja. Pun begitu dirasakan lebih baik nantikan kemaskini lebih lanjut daripada Honor sendiri berhubung peranti baharu ini.
Lebih kukuh dan kuat
HONOR X9c 5G menawarkan “Ultra-tough Triple Defense” yang merangkumi ketahanan jatuh, kalis air 360°, dan kalis calar.

Dengan ketahanan jatuh sehingga 2.0 meter, model ini telah ditambah baik berbanding HONOR X9b 5G yang mampu bertahan dari ketinggian 1.5 meter.
Selain itu, rating ketahanan air dan debu telah ditingkatkan dari IP53 (HONOR X9b 5G) kepada IP65M untuk HONOR X9c 5G, memastikan perlindungan maksimum dalam pelbagai kondisi persekitaran.
Jatuh tapi tak pecah
Benda yang paling merisaukan adalah telefon yang dipegang terjatuh. Memang menangis bila tengok telefon pecah, tetapi dengan Honor X9c kita tak perlu risau pun.

Ujian pertama, “Break the Tile Challenge,” menyaksikan HONOR X9c 5G dijatuhkan dari ketinggian dua meter ke permukaan keras. Keputusan menunjukkan peranti ini menahan hentakan tanpa sebarang kerosakan, memaparkan ketahanan skrin dan reka bentuk premium yang sesuai untuk penggunaan lasak.

Rebus dalam periuk panas? Honor X9c OK je…
Dalam “Hot Pot Challenge,” telefon ini dicelup dalam air panas mendidih tanpa mengganggu prestasi, menunjukkan ketahanan cecair peranti ini. Ujian ini memperlihatkan kelebihan HONOR X9c 5G sebagai telefon yang sesuai bagi pengguna aktif yang berdepan pelbagai keadaan cuaca atau persekitaran basah.

Jangan risau, kerana suhu yang panas tidak akan merisikokan telefon anda. Malah, ia boleh digunakan seperti biasa.
Hebat sangat!
Paling kuat dan anti pecah
Peranti ini juga diuji dengan hentaman tukul dan penggerudi dalam “Hammer and Drill Challenge.”

Ujian tersebut membuktikan bahawa HONOR X9c 5G mampu bertahan dalam situasi lasak tanpa kesan calar, sesuai untuk pengguna yang menjalankan aktiviti mencabar atau kerap bergerak.

Kini, tak perlu risau kalau skrin telefon anda diketuk atau digerudi. Semuanya OK sahaja dengan Honor X9c.
Tahan tekanan
HONOR X9c 5G turut diuji dengan semburan air bertekanan tinggi dalam “High Pressure Water Jet Challenge,” satu lagi bukti ketahanannya.

Walaupun terdedah kepada tekanan air yang mampu memecahkan buah kelapa dan kayu, telefon pintar ini kekal berfungsi seperti biasa, memberikan keyakinan tambahan kepada pengguna yang sering melakukan aktiviti lasak.
Kamera Level A
Dari segi fotografi, HONOR X9c 5G dilengkapi kamera utama 108MP dengan OIS untuk gambar yang lebih stabil dan tajam.

HONOR X9c 5G hadir dengan reka bentuk yang anggun, titanium finish serta ditawarkan dalam tiga warna elegan iaitu “Titanium Ungu,” “Jed Cyan,” dan “Titanium Hitam,” yang memberi aura profesional dan eksklusif.
HONOR Sedia untuk pecah rekod baharu dalam pasaran kelas pertengahan dengan pelancarannya tak lama lagi.
