IMG_20241129_164752_987

Kuala Lumpur – Sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 yang pertama berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Anjuran bersama oleh Malaysia Guangdong Chamber of Commerce (MGCC) dan dihoskan oleh JMM Exhibition, ekspo itu bertujuan menyediakan platform untuk peniaga dan pengguna tempatan untuk terus berhubung dengan pengeluar China, seterusnya mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala.

Pengasas JMM Holding, Ellison Yang Yi Ming berkata, ekspo ini mengetengahkan lebih 200 jenama dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terkemuka dari China merentasi pelbagai sektor, termasuk tenaga baharu (PV solar), stor tenaga, cerucuk pengecasan, lampu, peralatan domestik, produk rumah pintar dan lain-lain.

“Ekspo ini pastinya menyediakan pengalaman pembelian yang komprehensif sama ada untuk pengusaha perniagaan tempatan yang mencari pesanan pukal, serta pengguna runcit yang meneroka pelbagai jenis produk,” katanya.

Jelasnya lagi, ia juga berfungsi menyerlahkan potensi transformasi acara ini sebagai platform untuk memperkukuh hubungan perniagaan dua hala dan memberi manfaat kepada pengguna tempatan.

“Dengan 80% pempamer dari China dan 20% dari Malaysia, ianya jelas menunjukkan minat dan keyakinan yang kuat daripada syarikat-syarikat China dalam memanfaatkan Malaysia sebagai laluan masuk strategik ke Asia Tenggara,” ujarnya lagi.

Kehadiran delegasi perniagaan antarabangsa dari China dan Pakistan turut menguatkan lagi kepentingan ekspo sulung ini, sekaligus mengetengahkan peranan penting Malaysia sebagai hab berbilang budaya dan bahasa untuk perdagangan serantau di seluruh Asia Tenggara.

JMM Exhibition mengunjurkan Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 yang pertama kali diadakan akan menarik lebih 15,000 pengunjung dan menjana transaksi sebanyak RM60 juta dalam urus niaga perdagangan, menandakan lagi pencapaian baru dalam sejarah hubungan perdagangan Malaysia-China.

Acara tiga hari itu adalah percuma untuk semua pengusaha perniagaan dan pembeli, dan adalah dialu-alukan supaya semua peserta dapat meneroka peluang baharu dan menyaksikan perkembangan landskap e-dagang Malaysia-China baharu ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran ini Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan kawasan Temiang, YB Tuan Ng Chin Tsai, Presiden Malaysia Guangdong Chamber of Commerce, Dato’ Tang Zhi Nian, Pegawai Eksekutif JMM Holding,  Im Yoke Foon dan Timbalan Presiden organisasi, Dato’ Sri Foo Yong Hing.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading