5a622825-09e5-49a8-9521-90fb9cc98578

Kuala Lumpur – Hannan Medispa Sdn Bhd menyumbangkan 2 unit inkubator neonatal bernilai RM80 ribu ringgit kepada Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian sempena Hari Pramatang Sedunia.

Pengasasnya, Dr Hannan Yusof berkata, sumbangan tersebut bagi unit neonatal Jabatan Pediatrik yang mengalami kekurangan mesin pada masa ini.

“Bukan sahaja di HPUSM malah hospital-hospital lain juga pada masa ini mengalami kekurangan mesin.

“Sebelum ini, arwah anak saya pernah dirawat di NICU, HPUSM dan saya memilih hospital ini untuk program CSR ini dan InsyaAllah bantuan ini akan diteruskan pada masa akan datang” katanya.

Tambahnya lagi, diharap mesin ini dapat membantu bayi-bayi pramatang yang memerlukan.

“Saya dalam usaha untuk menyumbang mesin ultrasound kepada HPUSM juga” jelasnya lagi selepas majlis penyerahan mesin disini.

Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset HPUSM, Dr. Mohamed Asyraf Mohamed Daud menambah, terdapat 60 pesakit yang menjalani rawatan dalam wad namun hanya ada 20 buah mesin sahaja yang digunakan dan pihak hospital memerlukan tambahan mesin bagi menampung kekurangan.

“Setiap tahun, pihak hospital akan memohon penambahan aset namun kekangan bajet juga menjadi faktor utama.

“Sebab hospital ini cater semua disiplin, jadi kekurangan itu sentiasa ada dan kita tak mampu untuk penuhi 100 persen keperluan.

“Jadi apabila ada sumbangan seperti ini, pihak hospital sangat mengalu-alukanya” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Hannan Medispa turut membantu mangsa banjir di daerah Tanah Merah dan Tumpat, Kelantan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading