IMG_20241204_124735_090

Kuala Lumpur – Pentas berprestij Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal mengiktiraf pempengaruh terbaik dari sembilan negara di Asia termasuk Malaysia.

Anugerah ini untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada individu yang berhasil membawa impak positif kepada masyarakat dalam dunia digital Malaysia serta antarabangsa.

Dengan lebih 300 juta pengikut di seluruh Asia, ASIA 2024 bukan sekadar acara sambutan, tetapi sebahagian daripada visi besar untuk menghubungkan Asia melalui pengaruh digital.

Anugerah tersebut menghimpunkan bakat dan pengaruh digital dari pelbagai latar belakang budaya, dengan tujuan untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada individu yang membawa impak positif dalam dunia digital Malaysia dan antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, para pempengaruh dari 9 buah negara terlibat dalam ASIA ini dan sekali gus ini membantu mempromosi pelancongan di Malaysia.

“Para influencer dari 9 negara ini membantu mempromosi negara kita, bukan sahaja promosi ASIA 2024 tetapi membawa nama Malaysia ke negara masing-masing untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Penglibatan influencer pada masa kini sememangnya penting lebih-lebih lagi di era digital terutama bagi industri pelancongan, dan kami gunakan kesemua platform media sosial untuk mempromosikannya” katanya selepas majlis makan malam dan ramah mesra ASIA disini.

Antara negara yang terlibat adalah dari Malaysia, Indonesia, Jepun, Vietnam, Thailand, Korea, Filipina, Korea, Taiwan dan bakal berentap dalam 13 kategori yang dipertandingkan.

Tiong berharap dengan penganjuran ASIA 2024 ini dapat membantu mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 sekali gus meningkatkan industri pelancongan negara.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading