Kuala Lumpur – ColourMeBeautiful Malaysia telah menganjurkan sesi analisis warna eksklusif bersempena pelancaran Koleksi Perayaan baharu Indie Batik di Metrojaya Midvalley. Acara yang dihadiri oleh wartawan, pempengaruh dan selebriti tempatan itu memberi pengisian tentang bagaimana warna memainkan peranan penting dalam meningkatkan gaya peribadi dan keyakinan diri.
Warna adalah salah satu faktor terpenting dalam pemilihan gaya dan pakaian. Memahami warna yang mampu menyerlahkan ciri peribadi seseorang itu, membolehkan mereka untuk menjadi versi terbaik diri mereka. Pada acara itu, pakar ColourMeBeautiful, Michelle Chan, menunjukkan cara mengenal pasti warna-warna ini dengan menggunakan pakaian lelaki terbaharu daripada rekaan Indie Batik sebagai rujukan. Beliau juga menawarkan para hadirin pandangan berharga tentang kesan warna kepada imej peribadi.

Indie Batik terkenal dengan rangkaian unik pakaian dihasilkan daripada 100% kapas dan linen, yang menampilkan cetakan blok berinspirasikan batik yang asli. Koleksi jenama ini merangkumi kemeja bergaya serta seluar jerut yang selesa, direka untuk menyerlahkan kehalusan corak inspirasi seni nusantara untuk jejaka moden masa kini. Dengan slogan, “Free to Be Different,” Indie Batik berharap jejaka-jejaka di luar sana dapat menemui gaya unik mereka tersendiri melalui pakaian rekaan dari jenama tempatan ini. Koleksi Percutian terbaharu daripada Indie Batik tersedia dalam pelbagai warna mempersona yang mengekalkan inspirasi warisan dan gaya tersendiri.
Semasa acara itu, Michelle Chan menggunakan teknik analisis warna khas ColourMeBeautiful untuk membantu para hadirin mengenal pasti ton dan warna yang paling bersesuaian dan melengkapi ciri fizikal mereka, seperti ton kulit, warna rambut dan warna mata. Dengan menggunakan baju dan skarf Indie Batik dalam pelbagai warna, Michelle berkongsi petua dan ilmu tentang cara memilih warna yang betul untuk meningkatkan keyakinan diri serta memberikan impak positif dari sudut peribadi dan profesional.

Acara ini yang disokong oleh Metrojaya, menjadi titik tolak kepada permulaan kerjasama antara ColourMeBeautiful dan jenama tempatan yang lain di masa akan datang. Perkongsian ini bertujuan untuk memperkasakan individu serta meraikan landskap fesyen Malaysia yang kian berkembang.
