2acf6e04-f6f7-400a-a218-4731166a159e

Kuala Lumpur – Seperti biasalah, kalau tiba je hari raya, kebiasaannya lagu rayalah yang menjadi penyeri suasana. Maka tak hairanlah, kalau hari ni, ramai penyanyi cuba tampil dengan lagu bertemakan raya yang memiliki lirik menarik dan irama ‘catchy’ sekaligus dapat menarik perhatian pendengar. 

Namun, penyanyi dan komposer, Zul 2 By 2 bakal menghangatkan suasana raya pada tahun 2025 dengan sebuah lagu raya dengan genre joget dan dangdut.

“Saya tak nak lagu raya yang sedih, sebab kita dah ada lagu raya evergreen yang menyentuh perasaan, jadi saya ketengahkan lagu berentak joget dan digabungkan dengan dangdut kerana saya nak timbulkan keseronokan berhari raya.

“Lagu raya berjudul Raya Dah Tiba ini didendangkan bersama empat artis bawah naungan saya dan mereka ini melalui proses uji bakat dari pertandingan nyanyian yang saya buat sendiri di aplikasi Tiktok, seramai 4 orang dipilih untuk bersama menjayakan lagu raya ini.

“Saya lihat, untuk lagu-lagu raya moden ini, pendengar lebih meminati lagu berbentuk rancak dan ini dijadikan background kepada video-video di media sosial, jadi ini juga menjadi faktor ia diterima peminat dan boleh jadi malar segar juga setiap kali raya” katanya kepada Malaysianews TV.

“Hayat lagu raya juga pendek, sekitar dua minggu sahaja. Sama ada jadi atau tidak. Kami hanya mencuba yang terbaik agar lagu Raya Dah Tiba juga dapat menjadi lagu raya yang dimainkan setiap kali musim Aidilfitri.

“Jika sebut sejauh mana lagu ini mampu pergi, memang susah nak jawab. Seperti saya cipta lagu Mewangi, memang tak sangka ia akan meletup kerana bagi saya ia hanya lagu tangkap muat. Jika kita tahu apa yang bakal hit, mudahlah. Tapi kadang kala apa yang kita jangka akan berjaya, tapi sebaliknya” ujarnya lagi.

Tambahnya, lagu Raya Dah Tiba ini dicipta oleh dirinya, Aiman (zul2by2) dan Anje Maya manakala lirik oleh Paklong DKFA dan KrisdaEyda akan ini dipromosi sepenuhnya di laman TikTok berdasarkan jumlah pengikut yang besar yang dimiliki oleh Maya thegirls, Miss En, Nanad, Hary Ray dan Nayla yang juga selaku artis yang terlibat.

“Tajuk lagu ini ialah Raya Dah Tiba dan mempunyai dua rentak yang berbeza, daripada joget dan transisi ke dangdut. Memilih dangdut kerana isteri saya, Maya turut terlibat dalam pembikinan lagu ini dan sememangnya forte dia dari dulu lagi” tambahnya.

Zul turut berterima kasih kepada para penaja yang menjayakan klip video ini, antaranya Bonda Putri Ryana, Nizam car automobile enterprise, Asya’B, Asbidari Beauty, Chef Shah World dan Wahira Wahid.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading