Kuala Lumpur – Masakan dari Malaysia merupakan antara hidangan di dunia yang mencerminkan pelbagai budaya. Selain mempamerkan wujudnya masyarakat majmuk di negara ini, masakan Malaysia juga merupakan satu persembahan ‘kulinari’ yang unik.
Kepelbagaian masakan Malaysia tidak pernah menghampakan cita rasa siapa sahaja sehinggakan pelancong dari negara asing mengangkat ibu jari dan memberi pujian.
Menyedari masakan Malaysia mempunyai ‘daya tarikan’ dan penambat selera masyarakat kita, Hotel Maya Kuala Lumpur memperkenalkan bufet makan tengahari dengan mengetengahkan makanan pelbagai bangsa sepanjang minggu di Maya Brasserie.

Bermula pada 1 Disember 2024 dan diadakan setiap hari Selasa hingga Khamis. Para pengunjung boleh menikmati hidangan tempatan yang berputar dari pelbagai stesen, termasuk hidangan panas, stesen pemotongan, stesen mi, gerai aksi, kaunter sup, pencuci mulut yang pelbagai dan banyak lagi.
Menurut Pengurus Operrasi F&B Hotel Maya Kuala Lumpur, Irwan Zainal, Maya Brasserie memperkenalkan konsep ini kerana mengahrgai makanan masyarakat di Malaysia disamping mempromosikannya kepada para pelawat.
“Kami disini menyajikaan makanan melayu pada setiap hari Selasa, manakala makanan india pada hari Rabu dan makanan cina pada hari Khamis.
“Pada hari Jumaat pula, makanan muhibbah disajikan kepada para tetamu sekali gus mengangkat keharmonian masyarakat majmuk di negara kita” jelasnya kepada Malaysianews TV.

Tambahnya, pelbagai juadah dipilih dan dihidangkan mengikut populariti dan permintaan tetamu.

“Pilihan makanan ini dipilih dari beberapa aspek antaranya juadah yang sinonim dengan setiap bangsa dan budaya, selain itu, kita ingin setiap tetamu dapat merasai makanan masyarakat kita yang sudah diterima ramai sejak dahulu lagi.
“Antara juadah yang menjadi pilihan kami adalah, ayam Percik Haji Wafi, Udang Galah Masak Lemak Cili Api, Kerabu Kerang dan Taugeh, Warung Sup Utara, Laksa Penang, Roti Jala dengan Kari Ayam untuk makanan melayu.
“Bagi makanan india, kami bawakan chicken 69 dengan Raisa dan Papadum, Squid Kerala Style, Biryani Rice, Indian Rasem Soup, Vegetable Pakora dengan Chutney dan Crab Meat Soup, Ginger Clam, Sweet and Sour Fish Fillet, Beef Black Pepper, Roasted Chicken, Nyonya Curry Noodle, Jelly Fish Salad bagai makanan msyarakat cina” ujarnya lagi.


Buffet makan tengah hari yang lazat ini ditawarkan di Maya Brasserie dengan harga RM68 nett untuk dewasa, RM55 nett untuk warga emas dan RM45 nett untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Semua harga tertakluk kepada cukai kerajaan.
Tawaran bufet ini bukan sahaja memberikan pilihan hidangan yang luas tetapi juga memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai keunikan setiap masakan dari pelbagai budaya. Para pengunjung dijemput untuk datang dan merasai sendiri keistimewaan masakan Malaysia di Maya Brasserie.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan restoran, boleh menghubungi 011-2880 6909 atau melawat laman web rasmi mereka. Ini adalah peluang terbaik untuk menikmati keunikan masakan Malaysia dalam suasana yang selesa dan mesra.
