screenshot_2024-12-18_124042

BANGKOK – Filem popular ‘How To Make Millions Before Grandma Dies’ meneruskan pengaruhnya dalam budaya pop pada 2024.

Pada Selasa (17 Dis), filem tersebut, yang merupakan filem Thailand meraih kutipan tertinggi di Singapura, diumumkan sebagai salah satu daripada 15 filem disenaraikan dalam kategori Filem Ceraka Antarabangsa di Anugerah Akademi ke-97.

Ia adalah satu-satunya filem Asia Tenggara di dalam senarai tersebut, dengan filem pilihan Singapura, La Luna dan pilihan Malaysia, Abang Adik, tidak dipilih.

14 filem lain adalah:

  • I’m Still Here dari Brazil
  • Universal Language dari Kanada
  • Waves dari Republik Czech
  • The Girl With The Needle dari Denmark
  • Emilia Perez dari Perancis
  • The Seed Of The Sacred Fig dari Jerman
  • Touch dari Iceland
  • Kneecap dari Ireland
  • Vermiglio dari Itali
  • Flow dari Latvia
  • Armand dari Norway
  • From Ground Zero dari Palestin
  • Dahomey dari Senegal
  • Santosh dari United Kingdom

Pencalonan rasmi bagi Anugerah Akademi ke-97 akan diumumkan pada Jumaat (15 Jan), dengan majlis anugerah, dihoskan pelawak Conan O’Brien pada 2 Mac 2025.

Bercakap kepada penonton di Singapura pada tayangan khas filem tersebut pada Jun, pengarah How To Make Millions Before Grandmother Dies Pat Boonnitipat berkata, kejayaan filem itu mengejutkannya.

“Orang ramai memberitahu saya bahawa filem itu, yang mengisahkan tentang keluarga tradisional Cina, akan berjaya di negara yang berbahasa Mandarin. Namun apabila ia berjaya di Indonesia, saya sedar bahawa cerita itu adalah universal,” katanya.

“Semua orang boleh faham tentang hubungan antara nenek dengan cucunya.”

Sumber : CNA/AE/ae

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading