ac6ec95c-9d55-4feb-b479-a86ebbb4320c

Kuala Lumpur – HONOR secara rasminya telefon pintar  mercu baharunya, Magic 7 Pro. Pertama kali diumumkan di China pada bulan lepas, telefon pintar mercu ini tiba di Malaysia dan bakal menjadikan ia satu gajet terbaik bagi pembuka tahun 2025.

Siri ini hadir dengan dua model, namun pengumuman tersebut hanya menyatakan model Pro sahaja dan mungkin model standard tidak akan hadir bersama.  Telefon pintar ini didatangkan dengan perlindungan IP69 dan juga teknologi pengesanan deepfake AI terbina dalam.

Sebagai penerus kejayaan siri Magic, HONOR Magic7 Pro hadir dengan pelbagai pembaharuan yang meningkatkan lagi keberkesanan peranti pintar, menjadikannya pilihan utama di kalangan pengguna yang mencari gajet berteknologi tinggi dan berprestasi tinggi.

‘Flagship AI Terbaik 2025’,

Digelar sebagai ‘Flagship AI Terbaik 2025’, HONOR Magic7 Pro menyandarkan teknologi AI HONOR secara eksklusif, dan membawakan pengalaman AI yang berasaskan manusiawi.

Ketika jenama telefon pintar lain bergantung kepada sama ada teknologi awan atau AI pada peranti, HONOR meletakkan dirinya di tahap berbeza dengan menjadi jenama pertama yang memanfaatkan gabungan tercanggih kedua-dua teknologi AI. Strategi unik ini membolehkan HONOR menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih diperibadikan, cekap dan selamat, sekaligus meletakkannya sebagai peneraju dalam pasaran telefon pintar yang dipacu oleh AI.

Lebih tahan lama, kalis air dan debu

Selain fungsi AI, ciri yang dipertingkatkan pada HONOR Magic7 Pro adalah rekaannya yang dibina untuk lebih tahan lama, kalis air dan debu lebih baik, anti-jatuhan dan keupayaan bertahan dalam suhu tinggi tanpa menjejaskan prestasi peranti.

Fungsi pengesan AI Deepfake Detection dan Magic Portal 2.0. Ciri Magic

HONOR Magic7 Pro menggabungkan teknologi AI pada peranti yang canggih, termasuk menjadi telefon pintar pertama di dunia dimuatkan fungsi pengesan AI Deepfake Detection dan Magic Portal 2.0. Ciri Magic Portal 2.0 yang dipertingkatkan ini mampu memahami hasrat pengguna dan membawa mereka kepada aplikasi berkaitan, seterusnya melancarkan pengalaman pengguna.

Ciri-ciri lain lebih padu

Dari segi fotografi, ia menampilkan kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP, dan kamera berperiskop 200MP dengan OIS dan zum optikal 3x, serta kamera hadapan 50MP dengan autofokus. Ia juga mempunyai dua mekanisme nyahkunci biometrik merangkumi imbasan wajah 3D dan juga pengimbas cap jari ultrasonik. Bateri yang digunakannya pula, 5,850mAh menyokong pengecasan berwayar 100W dan niwayar 80W.

Honor Magic7 Pro peranti menggunakan skrin sebesar 6.8-inci daripada panel LTPO OLED dengan tetapan resolusi FHD+ kadar segar semula 120Hz. Selain itu mempunyai keupayaan Dolby Vision dan HDR.

Ia juga didatangkan dengan cip Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. 

Bateri  5850mAh disediakan yang boleh dicas melalui pengecasan berwayar 100W dan nirwayar 80W. Di samping mempunyai pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo (DTS:X Ultra), inframerah dan kalis air IP68/IP6.

Harga masuk akal

Telah diumumkan harga bagi peranti ini adalah RM4,599 (12/256GB) dan RM5,199 (16GB/1TB)

Bagi yang berminat boleh membuat pratempah sehingga 16 Januari 2025 dan menerima hadiah bernilai RM2,096 termasuk Honor Watch5.

Pilihan warna seperti Lunar Shadow Grey, Black, Breeze Blue

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading