Kuala Lumpur – Pengeluar peranti pintar terkemuka, Samsung memperkenalkan generasi baharu peranti pintar kelas perdana mereka iaitu siri Samsung Galaxy S25.
Siri generasi S25 itu masih memperkenalkan tiga variasi seperti generasi terdahulu iaitu Galaxy S25, S25+ dan S25 Ultra untuk kelas tinggi.

Ketiga-tiga model kini menggunakan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy. Tiada lagi model dengan cip Exynos tahun ini seperti yang berlaku di pasaran Malaysia sebelum ini. Cip ini adalah versi Snapdragon 8 Elite yang telah dikustomasi mengikut keperluan Samsung.
Siri baharu berkenaan juga masih mengekalkan rekaan lensa secara menegak di bahagian belakang dan penambahbaikan daripada aspek sensor kamera itu sendiri.

Peranti pintar berkenaan sememangnya dinantikan kerana setiap tahun, Samsung berjaya menampilkan keupayaan maksimum khususnya untuk operasi kamera.
Siri Galaxy S25
Samsung Galaxy S25 hadir dengan skrin 6.2″ Dynamic AMOLED 2X WQHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy, memori 12GB RAM, storan sehingga 512GB, dan bateri 4000 mAh dengan pengecasan 25W.
Kamera utama di belakang juga hadir dengan lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP, dan telefoto 10MP. Sementara itu di hadapan sensor 12MP juga digunakan pada kamera swafoto. Ianya sama sahaja dengan S24+ cuma dengan saiz lebih kecil.

Kemampuan rakaman video juga ditambah baik dengan AI Eraser yang memadam bunyi bising atau muzik latar secara automatik. Ciri Expert RAW tahun ini pula membawakan sokongan Galaxy Log dengan kemampuan melihat corak Zebra dan pendedahan warna terus daripada aplikasi kamera.

Promosi tempahan awal Samsung Galaxy S25 di Malaysia
Tempahan awalnya juga telah dibuka di Malaysia. Sebagai promosi tempahan awal, Samsung juga menawarkan promosi bernilai sehingga RM1,600, yang termasuk naik taraf storan dua kali ganda lebih besar secara percuma, penebusan baucar Galaxy Unpacked, dan diskaun ekstra sekiranya anda pemegang kad CIMB.

Promosi tempahan awal bagi siri Galaxy S25 akan berjalan bermula 23 Januari sehingga 13 Februari 2025. Pelanggan boleh nikmati naik taraf storan dua kali ganda secara percuma, bermakna anda boleh dapatkan Galaxy S25 dengan storan 512GB pada harga RM3,999 (harga asal RM4,599).
Manakala, Galaxy S25 Ultra dengan storan 1TB boleh didapatkan pada harga RM7,199 (harga asal RM7,799), bermaksud penjimatan sebanyak RM600.

Kalau anda ada mendaftar minat untuk siri Galaxy S25 sebelum ini, anda juga boleh dapatkan tambahan diskaun RM200 menggunakan eBaucar yang disediakan sewaktu membuat pembayaran. Untuk anda yang membeli baucar Samsung Reservation+ eVoucher yang berharga RM100, anda juga boleh terima lebih banyak penjimatan RM600 untuk pembelian siri Galaxy S25.
Tambahan pula, pemegang kad CIMB boleh nikmati rebat sehingga RM400 kalau membayar menggunakan kad CIMB di stor online Samsung.
Sebagai tambahan, Samsung Malaysia juga menawarkan potongan 30% apabila anda membeli Galaxy S25 bersama-sama dengan Galaxy Watch atau Galaxy Buds. Berikut adalah harga Galaxy Watch dan Galaxy Buds dengan diskaun 30%:
- Galaxy Watch Ultra LTE 47mm – RM2,719.20
- Galaxy Watch7 Bluetooth 44mm – RM909.30
- Galaxy Watch7 Bluetooth 40mm – RM839.30
- Galaxy Buds3 Pro – RM699.30
- Galaxy Buds3 – RM419.30

Menurut Samsung Malaysia, anda boleh berpeluang untuk memenangi sebuah unit Galaxy S25+ dengan storan 256GB apabila anda menempah awal peranti siri Galaxy S25 daripada stor yang terlibat daripada jam 10 pagi hingga 10 malam pada 23 Januari 2025.
Harga Samsung Galaxy S25, S25 Plus and S25 Ultra di Malaysia
Berikut adalah harga jualan rasmi siri Galaxy S25 di Malaysia:
- Galaxy S25 256GB – RM3,999
- Galaxy S25 512GB – RM4,599
- Galaxy S25+ 256GB – RM4,999
- Galaxy S25+ 512GB – RM5,599
- Galaxy S25 Ultra 256GB – RM5,999
- Galaxy S25 Ultra 512GB – RM6,599
- Galaxy S25 Ultra 1TB – RM6,599
Terdapat beberapa warna yang tersedia bagi siri Galaxy S25. Galaxy S25 dan S25 Plus tersedia dalam warna biru gelap, biru cerah, hijau dan kelabu. Sementara itu, Galaxy S25 Ultra ditawarkan dalam warna biru titanium, kelabu titanium, putih titanium dan hitam titanium.
