_MWL9923 (2)

Kuala Lumpur – Perjalanan Malaysia ke arah menjadi hab serantau untuk pusat data didorong oleh gabungan faktor strategik termasuk kestabilan ekonomi dan ketersambungan yang kukuh. Di samping itu, perkembangan dalam teknologi robotik juga memainkan peranan penting.

Faktor-faktor ini membuka jalan untuk Malaysia menjadi lokasi sangat menarik untuk pelaburan berkaitan digital melalui kerjasama antara syarikat Malaysia, Robopreneur Sdn Bhd dengan syarikat robotik terkemuka Jepun, ugo Inc.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Robopreneur Sdn Bhd, Dr. Hanafiah Yusof berkata permintaan yang semakin meningkat untuk AI, pengkomputeran awan, storan data dan teknologi berkaitan akan meningkatkan kedudukan Malaysia dengan ketara sebagai hab pusat data utama di Asia Tenggara.

“Kerjasama dengan ugo selari dengan kemajuan teknologi terkini dan membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia, ia bersesuaian dengan industri pusat data yang memerlukan banyak tenaga robotik bagi operasi data yang dijalankan.

“Pusat data ini merangkumi peningkatan penembusan internet, e-dagang, dan penggunaan perkhidmatan digital, manakala peningkatan kecerdasan buatan (AI), data besar dan pengkomputeran awan (cloud) yang mewujudkan permintaan tinggi pada masa sekarang.

“Permintaan untuk perkhidmatan IT seperti pengurusan rangkaian, keselamatan siber dan analitik data akan meningkat, memberikan peluang kepada syarikat IT tempatan dan syarikat pemula niaga lebih banyak menggunakan pusat data, oleh itu tenaga robotik amat diperlukan bagi memenuhi peningkatan kapasiti” katanya dalam sidang media di Hive5, Mranti Park disini.

Tambahnya, ugo Inc akan membekalkan robot yang berfungsi dalam membantu pengoperasian pusat data setiap syarikat dan akses dikemaskini dari masa ke semasa.

“Robot mempunyai jangka masa dan jangka tahan antara 5 hingga 8 tahun, dan pihak kami juga berperanan menjalankan pemeriksaan dan servis berkala bagi memastikan ia berfungsi dengan baik” ujarnya lagi.

Pengurus Kerjasama Global ugo Inc, Hadrien Roy menambah, kerjasama ini merupakan yang pertama diantara Jepun-Malaysia persekitaran ekonomi Malaysia yang stabil menyediakan suasana kondusif untuk pelaburan jangka panjang dengan asas industri kukuh dan tenaga kerja mahir untuk menyokong pertumbuhan industri pusat data.

“Malaysia sebagai hab pusat data terbaik di rantau ini dan kami membekalkan robot dengan capaian teknologi AI yang terkini bagi membantu melancarkan operasi pusat data.

Kedudukan strategik Malaysia di Asia Tenggara menjadikannya hab ideal untuk memenuhi keperluan digital yang semakin meningkat.

Seterusnya, permintaan terhadap pusat data telah membuka peluang kepada Malaysia untuk meningkat dalam ekonomi digital.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading