IMG_20250110_172219

Kuala Lumpur – Walaupun belum memasuki bulan Ramadan, namun pelbagai promosi awal pakej berbuka puasa dan makan malam telah dimulakan sejak awal Januari lalu.

Bagi yang tercari-cari lokasi iftar di ibu kota dengan tawaran harga yang mampu dibayar, anda direkomendasi ke MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur. Buat sesiapa yang tak tahu MiCasa hotel ni dimana, hotel ini terletak berdekatan dengan Jalan U. Thant, Kuala Lumpur.

Berkonsepkan “Icip Icip Desa” yang disediakan oleh Chef Adrian pastinya membuatkan kita mengenang kembali keenakan juadah di kampung.

Menu istimewa seperti kambing panggang yang dimakan bersama sos istimewa, membangkitkan selera yang wajib dicuba. Kelembutan daging yang dibakar sememangnya sedap dan berjus apabila dikunyah.

Menikmati juadah berbuka puasa di Shiso Dining sememangnya menenangkan dan tidak perlu bersesak-sesak. Makanan yang disediakan berada di sekeliling anda dan pastinya anda tidak perlu berebut untuk menikmati setiap juadah yang ada.

Selain itu, menu wajib cuba disini adalah Kerabu Kerisik Kulit Timun yang menyegarkan, Nasi Ambeng dan Nasi Ulam Ayam Percik yang kaya dengan rasa, serta Asam Pedas Tetel dan Itik Salai Masak Lemak Cili Api yang memikat selera.

Selain hidangan utama, bufet ini turut menyediakan pelbagai pilihan sup dan salad segar yang sempurna untuk berbuka puasa. Sup Ekor yang kaya dengan rasa turut menjadi ‘killer’ pembuka selera Ramadan tahun 2025.

Untuk yang mencari hidangan makanan laut, sudah tentu tidak dilupakan dengan ‘Lautan Seafood’ antaranya, ketam, udang, sotong, kepah dan isi ikan yang boleh dimakan dengan pelbagai sambal klasik seperti belacan, tempoyak, sambal hitam, budu dan sebagainya.

Bagi peminat kuih muih melayu, pelbagai menu tradisional boleh dinikmati disini termasuk hidangan bubur chacha, bubur jagung, pengat nagka dan bubur pulut hitam.

Apa yang menjadikan bufet Ramadan ini lebih istimewa adalah kehadiran live station, di mana chef menyediakan hidangan secara langsung di hadapan tetamu. Selain memastikan kesegaran makanan, ia juga memberikan pengalaman interaktif yang menyeronokkan, terutamanya untuk kanak-kanak yang ingin melihat sendiri proses memasak.

Harga bufet ini bermula dari RM139 bersih untuk dewasa dan RM95 bersih untuk warga emas serta kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun. Namun, bagi tempahan awal yang dibuat antara 10 Januari hingga 28 Februari 2025, tetamu dewasa boleh menikmati harga istimewa iaitu RM109 bersih seorang.

Untuk memastikan pengalaman berbuka yang sempurna, tempahan awal sangat digalakkan. Tetamu boleh menghubungi talian +603 2179 8000 Ext: 7088, menghantar mesej WhatsApp ke +6017 219 6126, atau menghantar e-mel ke fnbkul@micasahotel.com. Bagi kumpulan besar atau pembelian voucer, Jabatan Jualan boleh dihubungi melalui nombor +603 2179 8181 atau e-mel infokul@micasahotel.com.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading