IMG_4394

Kuala Lumpur – Syawal Membayu menjadi tema bagi festival jualan raya 2025 di Melawati Mall sempena Aidilfitri pada tahun ini.

Pastinya pengunjung mahu diraikan dengan penuh kemeriahan dalam suasana ciri-ciri moden kemelayuan diselitkan dengan elemen warna-warni dalam meraikan hari raya nanti.

Melawati Mall menjanjikan pengalaman yang penuh nostalgia dan keceriaan buat para pengunjung.

Tahun ini, Melawati Mall mengangkat semangat tradisi dengan menampilkan suasana perkampungan nelayan yang kaya dengan warisan budaya, berbeza daripada konsep moden tahun-tahun sebelumnya.

Pelbagai koleksi fesyen Raya terkini daripada jenama terkenal seperti HLA, Raea, Lee, Fana Couture, Omar Ali, dan banyak lagi. Dari busana moden hingga pakaian tradisional, pelbagai pilihan tersedia untuk seisi keluarga.


Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan sepanjang kempen ini, antaranya tarian Tradisional, demonstrasi Silat, bengkel seni kanak-kanak dan pelbagai lagi aktiviti interaktif lain.


Bagi yang ingin menikmati juadah berbuka puasa, Melawati Mall menawarkan pelbagai pilihan restoran seperti US Pizza, Boat Noodles, Tony Roma’s, Manhattan Fish Market, Sopoong, Richeese Factory dan banyak lagi. Nikmati hidangan lazat dalam suasana yang nyaman dan meriah.


Sepanjang kempen ini, pengunjung berpeluang menikmati promosi eksklusif dan menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa barang kemas emas eksklusif.

Untuk melayakkan diri, hanya perlu berbelanja minimum RM1,000 di mana-mana butik atau premis yang mengambil bahagian di Melawati Mall dan menebus koleksi barangan Raya eksklusif di kaunter informasi.

Pemenang akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi Melawati Mall. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi sudut dekorasi, Melawati Mall menampilkan gubahan dalaman yang diinspirasikan oleh keindahan suasana perkampungan nelayan, lengkap dengan elemen rumah tradisional dan hiasan bertemakan warisan Melayu.

Suasana ini diharap dapat membangkitkan kenangan indah balik kampung untuk menyambut Syawal.


Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Melawati Mall bekerjasama dengan masjid berdekatan untuk membuka kaunter Zakat Fitrah, memudahkan pengunjung menunaikan kewajipan zakat sebelum menyambut Hari Raya.

Melawati Mall terus komited menjadi destinasi beli-belah utama untuk seisi keluarga dengan memperkenalkan lebih banyak acara bertemakan perayaan di masa hadapan, selaras dengan maklum balas dan keperluan pengunjung.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading