Melaka – Birkin International Hotel telah melancarkan “Bufet Suasana Kampung” yang merupakan bufet sulungnya sepanjang bulan Mac ini.
Pengalaman menjamu selera istimewa ini, dihoskan di Birkin Kitchen yang baru dibuka. Merupakan suasana yang tidak dapat dilupakan menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan dalam meraikan semangat Ramadan dengan menikmati hidangan ala kampung asli.
Dari 7 Mac hingga 30 Mac, bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam, pengunjung boleh menikmati pilihan hidangan klasik yang luar biasa yang disaji untuk membangkitkan nostalgia makanan yang disediakani di Birkin Kitchen yang dilengkapi dekorasi suasana pantai dan kampung yang tenang.

“Kami menyajikan makanan kampung untuk mengembalikan kehangatan dan nostalgia hidangan yang dimasak sendiri, di mana intipati tradisi, kekeluargaan dan kebersamaan diraikan dalam setiap pengalaman.
“Citarasa kampung berakar umbi dalam warisan kulinari Malaysia, membangkitkan kenangan tentang perhimpunan bersama, persiapan perayaan dan aroma yang menyelerakan dari resipi lama yang diwarisi turun-temurun” kata chef Dapur Melayu Birkin Kitchen, Chef Zamri Kamal.
Jelasnya, dengan tema ini, Birkin Kitchen menjemput tetamu untuk menghidupkan semula keaslian santapan ala kampung yang dihidangkan dengan penuh kasih sayang, kepelbagaian rempah ratus yang menceritakan kisah setiap hidangan yang menjadi budaya serta semangat kemasyarakatan dalam menyambut perayaan.

Pilihan istimewa pada bulan ini antaranya Grang Asam Tetel, Ayam Kampung Berempah, Paru Goreng Berempah, Perut Masak Lemak Rebung, dan Birkin Briyani yang menyelerakan.
Ksemua hidangan dibuat dengan teliti dengan pilihan rempah dan resepi asli yang menambahkan lagi rasa serta keenakan menu yang ditawarkan. Setiap menu pastinya membangkitkan selera dan membuatkan seperti anda berbuka puasa di kampung.


Selain itu, para tetamu juga berpeluang menikmati pelbagai hidangan bufet lain seperti Salad tradisional Malaysia, aneka pencicah, makanan laut segar atas ais, dan bar salad, Sup kambing dengan kentang, patin gulai tempoyak, siput sedut masak lemak cili padi, dan medallion daging dengan sos cendawan berkrim, Mee rebus, aneka dim sum, teppanyaki, murtabak, kambing panggang, ayam tandoori, sate, dan ikan bakar, Bubur jagung durian, pengat pisang, ais kacang, dan pelbagai kuih Melayu dan buah-buahan,

Promosi Tempahan Awal tersedia pada RM 165.00++ sehingga 3 Mac 2025, dengan harga biasa RM 205.00++ setiap dewasa (beli 10, percuma 1), dan RM 145.00++ untuk kanak-kanak serta warga emas.
