Kuala Lumpur – Bersempena dengan bulan Ramadan, jenama tekstil terkemuka ALFARO menyumbang kira-kita 1000 pasang pakaian kepada anak-anak yatim dan asnaf hari ini.
Pengasasnya, Mr. Farooq Ahmed berkata, nilai sumbangan itu mencecah lebih RM150 ribu.

“Setiap tahun kami akan membuat sumbangan buat anak-anak yatim dari seluruh Lembah Klang bagi menggembirakan mereka yang pastinya rasa sayu tanpa keluarga di sisi pada bulan yang mulia ini.
“Setakat ini 1000 pasang pakaian diberikan bagi menggembirakan mereka dalam persediaan menyambut Syawal yang bakal tiba nanti” katanya dalam temubual selepas penyerahan baju raya di butik ALFARO, disini pada isnin.
Jelasnya lagi, selain penyerahan kepada 1000 anak-anak yatim dan asnaf disini, ALFARO turut menyumbangkan 500 pasang baju raya untuk diberikan kepada anak-anak yatim di Ipoh, Perak selepas ini.
“Untuk tahun ini, kita tingkatkan sumbangan kepada 1000 penerima dan tahun hadapan kami bercadang menambah lagi jumlah penerima kepada 3000 orang.

“Setiap tahun pada bulan Ramadan sememangnya menjadi rutin program bagi kami membuat sumbangan baju raya dan InsyaAllah selepas ini akan diperincikan lagi dengan jumlah lebih besar” ujarnya lagi.
Duta jenama, Fasha Sandha melahirkan rasa syukur program penyerahan sumbangan berjalan lancar.
“Alhamdulillah, program hari ini berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah kerana melibatkan kumpulan penerima yang besar namun semuanya ditangani dengan baik oleh pihak ALFARO.
“Saya rasa bersyukur dapat bersama dengan anak-anak yatim dan asnaf ini dan berpeluang bertemu dengan penerima dari kalangan kurang upaya juga, mereka cukup gembira menerima baju baru untuk hari raya nanti” katanya.

Antara rumah-rumah anak yatim dan agensi yang terlibat ialah ialah Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Halimatusaadiah, Akademi Tahfiz Al Quran Vokasional Al Muttaqin, Yayasan Gemilang, Maahad Tahfiz Al Quran Darul Manar, Rumah Kanak-Kanak Mini Selangor, Pertubuhan Sukarelawan Jalinan Kebajikan Masyarakat, Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti Dato’ Harun) dan Pusat Jagaan Terapi Autistik Nouri.

Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my, koleksi baju ALFARO juga boleh didapati di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Kuala Lumpur, Ipoh Perak, Shah Alam, Bangi dan Johor Bahru.
