IMG_20250316_020831_730

Kuala Lumpur – Anak syarikat hospitaliti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd (AHR) mengambil keberkatan bulan Ramadan ini dengan berkongsi rezeki bersama 250 orang gelandangan di sekitar Chow Kit.

Program yang dijalankan bersam lima buah hotel terkemuka dibawah naungannya termasuk hotel Perdana KLCC, Espira Kinrara, Villea Morib, Villea Port Dickson dan Villea Rompin Resort & Golf merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kepada masyarakat.

Pengurus Besar Attana Hotel dan Resort Sdn. Bhd., Mohd. Iqmal Muslim berkata, inisiatif ini bagi meringankan beban golongan yang memerlukan melalui sumbangan pek makanan dan biskut yang diserahkan di Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit.

Jelasnya, tahun ini merupakan kali kedua sumbangan CSR Ramadan dijalankan dan kekal teguh dalam misi untuk menyokong dan memperkasakan masyarakat khususnya mereka yang memerlukan.

“Kita mengambil keberkatan bulan mulia ini bukan sahaja menyantuni mereka yang kurang bernasib baik malah ia juga sebagai langkah bagi menunjukkan komitmen kami untuk memberi semula kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Inisiatif ini diharap dapat menggalakkan tindakan kolektif dan memberi inspirasi lebih banyak kepada organisasi bagi membawa perubahan yang lebih bermakna” katanya dalam sidang media selepas program penyerahan bantuan disini.

Tambahnya, Attana Hotels & Resorts terus menegaskan perananya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab memupuk nilai kasih sayang, perpaduan dan semangat di bulan Ramadan.

Sementara itu, program ini turut disokong oleh Keluarga Nilam (Kumpulan Bebas) melalui sumbangan kewangan manakala PERTIWI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan bantuan serta panduan logistik bagi memastikan kelancaran program.

Selain itu, Attana dan Nilam turut menganjurkan majlis berbuka puasa khas bersama anak-anak dari Rumah Perlindungan Qaseh, Taman Melawati dan Akademi Sains dan Tahfiz Al-Quran Sains Wangsa Melawati di Perdana KLCC.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading