61744794246_SultanIbrahim

KUALA LUMPUR – Bendera adalah lambang kedaulatan negara yang tidak boleh dipersendakan.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, bendera bukan sekadar sehelai kain berwarna-warni tetapi ia mewakili perjuangan, sejarah, erti kemerdekaan serta semangat rakyat jelata.

“Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.

“Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan di sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima,” titah Sultan Ibrahim menerusi kenyataan di Facebook.

Sultan Ibrahim bertitah, pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk disiarkan.

Akhbar Sin Chew Daily pada Selasa menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang dan bendera China sempena lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, bendera Malaysia yang dipaparkan tidak mempunyai bulan sabit.

Dalam permohonan maaf yang diterbitkan pada Selasa, akhbar itu memohon maaf atas kesilapan teknikal dan membuat pembetulan dengan menerbitkan semula menerusi edisi cetakan pada Rabu.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading