Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim Jasman sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Farez Zuhaily.
Majlis pernikahan pasangan merpati dua sejoli ini berlangsung dalam suasana penuh meriah turut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, saudara mara serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Turut hadir, para pelanggan dan pengguna produk Dnars disamping pengikut di media sosial dan masyarakat setempat.
Majlis yang berlangsung pada 25 April ini menyaksikan detik-detik indah pasangan pengantin diraikan dengan penuh kemesraan dan kasih sayang oleh tetamu yang hadir.

Pempengaruh terkenal, Izmer Mustapha atau lebih dikenali sebagai Abang Lal Senok Perut memuji anak kepada Allahyarhmah Faziani Rohban Ahmad, pengasas produk penjagaan wajah, Dnars Skincare ini kerana mengadakan kenduri perkahwinannya secara sederhana di rumah arwah ibunya.
Menerusi laman FB beliau, Izmer berkata, walaupun mampu untuk buat majlis gempak di hotel, keluarga pengantin memilih untuk mengadakan majlis di kediaman arwah ibunya sahaja.
Menurut beliau lagi, satu perkara yang harus dipuji adalah keluarga pengantin menjemput tetamu tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
“Beliau menjemput semua orang dan tidak ada konsep VIP atau Datuk Datin. Malah layanan yang diberikan sama rata.
Dalam ruangan komen pula, pelbagai reaksi positif diberikan oleh netizen.
“Macam ni baru betul. Yang support bisnes ni kebanyakan orang biasa”, tulis Neesa Roslan.
“Orang yang tahu hukum hakam agama Islam memang sepatutnya buat majlis tidak membeza-bezakan para undangan”, komen Nik Yah Nik Mood dalam posting tersebut.

Majlis kenduri pernikahan Irdina Hakim, 22 tahun dengan Muhammad Farez Zuhaily Shah, 23 tahun berlangsung dengan dihadiri lebih kurang 5000 tetamu.
Sementara itu, dalam perkongsian lain, rata-rata warganet meninggalkan komen dengan mengatakan seolah-olah melihat wajah Irdina persis arwah ibunya. Sehingga kini gambar-gambar dan video di media sosial menerima ribuan tanda suka dari warganet.
