IPOH – Seekor anak gajah jantan ditemukan mati akibat dilanggar sebuah lori keontena di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian menimpa anak gajah berusia kira-kira lima tahun yang dianggarkan seberat 700 kilogram itu pada 3.30 pagi.
“… anggota PERHILITAN telah ke lokasi kejadian dan bangkai anak gajah yang mati itu, kita akan lupus (tanam),” katanya.
Katanya, anak gajah jantan yang maut dilanggar lori berkenaan dianggarkan berusia lima tahun.
“Ibu gajah dianggarkan berusia 25 hingga 27 tahun berkenaan tidak berganjak dan menunggu anaknya yang dilanggar itu.
“Tindakan menangkapnya terpaksa dilakukan kerana ia dilihat seperti meratapi pemergiaan anaknya itu,” katanya.
Terdahulu tular gambar dan video di media sosial seekor anak gajah yang dilanggar, terperosok di bawah sebuah lori kontena, dan seekor gajah dewasa dipercayai ibunya sedang cuba mengalihkan lori tersebut bagi menyelamatkan anaknya.
Yusoff berkata ibu gajah itu telah diselamatkan anggota Perhilitan dan akan dilepaskan semula habitat semula jadi yang sesuai dan selamat.
Lebih menyayat hati ibu kepada anak gajah berkenaan dilihat seperti ‘meratapi’ pemergiaan anaknya yang digilis lori sekitar jam 3.00 pagi tanpa berganjak dari lokasi kejadian.
Rakaman video yang tular di laman sosial itu turut menarik perhatian netizen yang menzahirkan rasa duka apabila melihat tindakan gajah betina berkenaan.
Rakaman berkenaan juga menunjukkan gajah betina berkenaan seperti mahu menolak lori yang menggilis anaknya itu sebelum dilihat berdiri kaku.
