JUD01090

KUALA LUMPUR – Premier Integrated Rehab Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Pantai Integrated Rehab) meraikan ulang tahun ke-25 dengan pelancaran identiti jenama baharu yang menandakan fasa baharu dalam penyampaian perkhidmatan rehabilitasi di Malaysia.

Majlis penjenamaan semula yang bertemakan “PIR Unveiled – The Next Chapter” telah berlangsung dengan penuh meriah di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Ketua Perkhidmatan Ambulatori, Kesihatan Bersekutu & Sampingan IHH Healthcare Malaysia, Hareeff Muhammed, penjenamaan ini mencerminkan iltizam PIR untuk terus menjadi peneraju dalam penjagaan rehabilitasi yang klinikal, berasaskan hasil dan mengutamakan pesakit.

“Sepanjang 25 tahun ini, kami telah membina satu perkhidmatan yang menyokong individu dalam pelbagai fasa pemulihan. Penjenamaan semula ini menandakan niat kami untuk terus berkembang seiring dengan landskap penjagaan kesihatan,” ujar beliau.

PIR kini beroperasi di lebih 20 pusat di seluruh negara, menawarkan fisioterapi, terapi carakerja dan terapi pertuturan-bahasa yang dikendalikan oleh tenaga profesional bertauliah. Pendekatan mereka berlandaskan model rehabilitasi berteraskan nilai, dengan tumpuan kepada amalan klinikal berasaskan bukti, penggunaan sumber yang efisien dan penglibatan aktif pesakit dalam proses pemulihan.

Selari dengan hala tuju Kertas Putih Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, PIR turut memperkenalkan inisiatif inovatif seperti TheraGo – perkhidmatan rehabilitasi mudah alih yang membolehkan rawatan dibawa terus ke tempat kerja. Ini termasuk akses kepada fisioterapi, penilaian ergonomik dan intervensi pencegahan secara langsung di lokasi kerja.

Selain itu, PIR juga meluaskan jangkauan melalui kerjasama komuniti, universiti dan program turun padang, khususnya di kawasan kurang mendapat perkhidmatan menyokong usaha nasional ke arah penjagaan kesihatan yang lebih pencegahan dan berpaksikan komuniti.

“Rehabilitasi seharusnya memainkan peranan yang lebih besar dalam hasil kesihatan. Dengan kerjasama pelbagai pihak, kita boleh meningkatkan akses dan kesinambungan pemulihan untuk semua,” tambah Hareeff.

Sebagai sebahagian daripada keluarga IHH Healthcare Malaysia, Premier Integrated Rehab komited untuk terus mengutamakan keselamatan pesakit, integriti penjagaan dan pembangunan ekosistem kesihatan yang lebih lestari dan menyeluruh.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading