WhatsApp-feature-baru-Mei-2025_1

WHATSAPP Status merupakan ruang peribadi bagi sesetengah pengguna untuk kemas kini yang khusus bagi kenalan rapat sahaja.

Kini, WhatsApp memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyesuaikan Status dengan lebih menarik dan kreatif.

Mereka boleh menyusun sehingga enam foto dalam satu kolaj menggunakan alat suntingan (Layout) khusus, serta menambah lagu (More with Music) atau pelekat muzik bagi menggambarkan suasana yang diinginkan.

Selain itu, mereka juga boleh menukar foto kepada pelekat (Photo Stickers), serta melaraskan saiz dan kedudukannya dalam Status agar lebih sesuai dan menarik.

Ciri Add Yours pula membolehkan pengguna berkongsi foto dengan pelekat ‘Add Yours’ untuk mengajak kenalan turut serta dalam perbualan dan berkongsi balasan mereka sebagai Status sendiri.

Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat dan dijangka tersedia kepada semua pengguna dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading