SHEILA ON 7(1)

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2025 – Kumpulan legenda dari Indonesia, Sheila On 7, secara rasmi diumumkan akan kembali menemui peminat di Malaysia menerusi Latihan Pestapora Malaysia 2025, sebuah festival mega antara dua negara serumpun, Indonesia dan Malaysia. Festival ini dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025 di lokasi baharu yang lebih besar dan berprestij — Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perpindahan lokasi ke stadium terbesar di Malaysia ini dibuat susulan sambutan luar biasa terhadap pengumuman barisan artis Fasa 1 pada bulan Mei lalu. Penganjur, Hitman Solutions dan Boss Creator, mengambil langkah ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyertai pesta muzik berskala besar yang menjanjikan pengalaman tidak dapat dilupakan.

Barisan Artis Hebat Fasa 2 Diumumkan

Festival ini kini menjadi lebih hangat dengan pengumuman barisan Fasa 2 yang menampilkan artis tersohor seperti:

Sheila On 7 – kumpulan ikonik yang menjadi lambang zaman keemasan muzik pop-rock Indonesia

Nadin Amizah – penyanyi muda berbakat dengan sentuhan puitis dan emosi mendalam

“Sheila On 7 bukan sekadar kumpulan muzik – mereka adalah sebahagian daripada kenangan dengan lagu-lagu yang menjadi anthem satu generasi. Kepulangan mereka ke Malaysia bukan hanya sebuah persembahan tetapi detik bersejarah,” ujar Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Group.

Sementara itu, Kiki Ucup, Pengarah Festival Pestapora dan Pengasas Bersama Boss Creator menambah, “Pestapora adalah sambutan muzik dan komuniti. Membawa semangat ini ke Malaysia adalah langkah yang sangat bermakna. Kami berharap ia akan mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara dalam satu malam penuh jiwa, muzik, dan kenangan.”

Tiket Fasa 2 Mula Dijual 9 Jun

Tiket Fasa 2 mula dijual pada 9 Jun 2025 jam 12 tengah hari (GMT+8) menerusi laman rasmi http://www.latihanpestaporamalaysia.com. Tiket Fasa 1 sebelum ini telah habis dijual walaupun barisan penuh belum diumumkan — satu bukti minat mendalam peminat terhadap festival ini.

Kategori Tiket Fasa 2:

Rockzone (Free Standing): RM299

GA (Free Standing): RM249

CAT 1 (Numbered Seat): RM399 (Kategori Baharu)

CAT 2 (Numbered Seat): RM189 (Kategori Baharu)

Barisan Artis Fasa 1 Turut Mantap

Festival ini turut menampilkan nama-nama besar dari Fasa 1 seperti antaranya; Feast, Hindia, Pamungkas, Feel Koplo, Bittersweet, Bunkface, DOLLA dan ramai lagi, menjadikan Latihan Pestapora Malaysia 2025 sebagai pengalaman muzik silang budaya yang sebenar antara Indonesia dan Malaysia.

Sokongan Padu dari Rakan Strategik

Festival ini turut direalisasikan dengan sokongan padu daripada rakan strategik seperti:

Rakan Radio: ERA FM, ERA Sarawak, ERA Sabah, HITZ FM, SINAR FM, MIX, THR GEGAR & SYOK

Rakan Media: World of Buzz, Lobak Merah

Rakan Perjalanan: Batik Air, BookCabin

Rakan Hotel: Sunway Putra Hotel

Rakan Strategik: Universal Music Malaysia, Tapao Fest

Satu Malam. Dua Negara. Satu Jiwa

Dengan kehadiran Sheila On 7 yang menjadi ikon sepanjang zaman dan barisan artis serantau yang berbakat, Latihan Pestapora Malaysia 2025 dijangka akan mencipta sejarah sebagai festival muzik terbesar yang menyatukan dua budaya dalam satu malam epik penuh jiwa, muzik dan kenangan.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari:
🌐 http://www.latihanpestaporamalaysia.com

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading