Putrajaya – Watsons Malaysia tampil penuh bergaya di IOI City Mall Fashion Week 2025, bukan sahaja sebagai rakan rasmi acara, malah sebagai penaja utama dan rakan solekan serta dandanan rambut rasmi untuk pertunjukan fesyen empat hari yang berlangsung meriah di Putrajaya.
Menyerlahkan tema “The New Beautiful”, Watsons memanfaatkan pentas ini untuk memperkenalkan seragam baharu mereka – simbol penyegaran jenama yang mencerminkan keyakinan, fungsi moden dan semangat kekitaan dalam kalangan kakitangan Watsons.
Penampilan Baharu, Semangat Baharu
Ruang pentas peragaan dan zon runcit IOI City Mall dibanjiri aura segar Watsons melalui seragam terbaharu yang direka dengan gaya kontemporari serta praktikaliti seharian, menonjolkan dedikasi Watsons dalam membantu pelanggan untuk kelihatan cantik, berbuat baik dan rasa hebat.
“Kami namakan ini ‘The New Beautiful’ kerana kecantikan hari ini bukan sekadar rupa luaran, tetapi tentang rasa, kepedulian dan gaya hidup. Kami tampil dengan seragam baharu, pengalaman baharu untuk ahli, program ganjaran terkini, perkhidmatan pantas dan pelbagai promosi eksklusif,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Health & Beauty Asia, AS Watson Group.

Watsons membawa aura glamor dan inklusiviti ke runway menerusi kemunculan Duta Watsons, Phei Yong dan Ayda Jebat, bersama selebriti popular seperti Amber Chia, Nabil Mahir, Fiqrie, Arisa, Joshua, Gajen, Shu Faye dan Kavitha. Penampilan mereka menyerlahkan semangat autentik dan keyakinan jenama Watsons yang diperbaharui.
Watsons mengubah pengalaman pelanggan menerusi platform Watsons Club dan W Rewards, yang baru-baru ini mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai program kad kesetiaan dengan titik sentuh pedagang paling banyak di Malaysia. Pelanggan kini boleh menikmati Ganjaran terbesar melalui sistem eStamp, Program 45+ Club khas untuk pelanggan berusia 45 tahun ke atas, Belian dalam talian 24/7 dengan penghantaran ekspres serendah 2 jam dan Diskaun harian eksklusif dalam talian.
Watsons menampilkan pelbagai jenama kecantikan antarabangsa seperti K-Beauty, J-Beauty, dan memperjuangkan jenama kecantikan tempatan Malaysia. Penawaran produk dipilih berdasarkan trend semasa, minat pengguna dan gaya hidup moden.
Kemuncak seterusnya ialah acara Watsons Beautopia Beauty & Wellness Expo yang bakal berlangsung dari 3 hingga 6 Julai 2025 di IOI Grand Exhibition and Convention Centre – himpunan empat hari yang menghimpunkan jenama kecantikan, wellness dan pelbagai aktiviti eksklusif di bawah satu bumbung.

Watsons Di Balik Tabir – Solekan & Dandanan Bertaraf Runway
Sebagai penata gaya rasmi, Watsons menampilkan sentuhan kecantikan penuh seni dari jenama ternama seperti BAD LAB, BZU BZU Little Lady, Dazzle Me, Maybelline, Skintific, APT Hair Salon serta barisan jenama lain dari portfolio Watsons: C.Code, Hair System by Watsons, Judydoll, Kate, Kiss Me, Klorane, Schwarzkopf, Wet n Wild, Y.O.U, Wardah, Swisse, Silkygirl, NH Detoxlim dan banyak lagi.
Rangkaian Fesyen Kolaboratif Penuh Warna
Acara fesyen selama empat hari ini juga dipenuhi dengan pertunjukan kolaborasi eksklusif antara Watsons dan penyewa utama IOI Mall, antaranya:
- Lacoste Fashion Show oleh Swisse
- IOI Weddings oleh Maybelline
- Sui Sui oleh Y.O.U
- Kashka oleh Wardah
- East India Company oleh BAD LAB
- Bayu Somerset & Clarks oleh Dazzle Me
- Colegacy oleh Skintific
Pertunjukan Fesyen Kanak-Kanak menampilkan Babyshop, Max Fashion, Mothercare, PONEY dan Rookie oleh BZU BZU Little Lady

Dengan pendekatan inovatif, pengalaman digital yang dipertingkat dan keterlibatan pelanggan yang lebih mendalam, Watsons Malaysia terus membuktikan komitmennya dalam memimpin industri kecantikan dan kesihatan negara.
Watsons tidak lagi sekadar sebuah kedai kecantikan ia kini adalah jenama gaya hidup moden yang membina hubungan melalui nilai, komuniti dan pengalaman yang menginspirasi.
