28b4d6f2-803c-4fe9-a323-b44795b181e8

Minggu ini kecoh berhubung kenyataan Man Senoi dan isterinya Mama Rap berhubung isu hak cipta lagu-lagu penyanyi berkumpulan yang tidak asing lagi di awal 90an, 4U2C rentetan penganjuran konsert We 4U2C Live Concert yang dijadualkan akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya 15 September depan.

Datuk M. Nasir, Maestro muzik yang tidak asing lagi namanya berpendapat dan menasihatkan agak kemelut di antara dua pihak ini dapat diselesaikan dengan segera.

Terdahulu, komposer Ajai jugak memberi pendapat yang sama berhubung kenyataan penerbit Man Senior dan Mama Rap berhubung isu hak cipta lagu kumpulan 4U2C ini adalah logik dan mempunyai asas yang kukuh.

Menurut M.Nasir 67, pihak penganjur sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap lagu-lagu yang akan digunakan dalam konsert tersebut kerana hak pencipta sebenar bergantung sepenuhnya di tangan pencipta dan pemegang hak cipta. Penyanyi yang membawa lagu-lagu tersebut tiada kuasa ke atas lagu-lagu itu.

“Buat berbincang-bincang. Masing-masing ada hak sebab pencipta lagu juga ada hak pada lagu-lagunya dan yang merakamkan pun ada haknya.

“Jadi kalau bawa berbincang, semua itu senang saja. Jadi biar mereka berbincang dulu” katanya pada sidang akhbar konsert M.Nasir Cipta 3 di Hard Rock Café, hari ini.

Menurutnya lagi, Man Senoi dan Mama Rap selaku pencipta lagu mempunyai kuasa yang besar dalam menentukan karya-karya mereka termasuklah memberi kebenaran atau sebaliknya.

Ujarnya lagi, selain itu secara kebiasaannya penyanyi tersebut perlukan membayar sejumlah bayaran yang dipersetujui melalui Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MАСР).

“Pencipta lagu mempunyai hak yang kuat pada lagu-lagu, penyanyi kalau nak gunakan lagu itu, dia kena berunding dengan pencipta lagu itu.

“Atau secara kebiasaannya dia tak perlu, tapi bayar melalui Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP). Yang penting dia bayar.

“Tapi kalau pencipta lagu tak bagi dia main, dia pun ada hak buat begitu,” ujarnya.

Man Senoi dan isterinya Mama Rap sebelum ini meluahkan rasa kecewa dan mendakwa mereka tidak dihubungi mana-mana pihak berkaitan penganjuran konsert tersebut anjuran Just Event.

Beliau turut dilapor mempersoalkan bagaimana kumpulan berkenaan hendak mengadakan konsert jika 25 lagu dinyanyikan adalah hak milik syarikat mereka, Zman Production.


Dalam pada itu, perkembangan terbaru M.Nasir bakal mengadakan konsert M.Nasir Cipta 3 di Axiata Arena pada 27 September depan

Leave a Reply