KUALA LUMPUR – Agensi pelancongan umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd memulakan musim baharu mereka dengan penuh semangat apabila berjaya menerbangkan seramai 259 jemaah umrah dalam penerbangan sulung pada 1 Julai lalu.
Menurut Pengarah Urusan In Saff Travel, Ustaz Mohd Fahmi Mohd Nawi, penerbangan itu merupakan yang pertama bagi musim umrah tahun 2025 dan menandakan permulaan kepada siri penerbangan khas yang telah dirancang bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap pakej umrah bajet.

“Ini merupakan penerbangan sulung In Saff Travel bagi tahun 2025 di mana kami menempah khas penerbangan yang membawa 259 jemaah menunaikan umrah,” katanya ketika ditemui.
Tambah beliau, pihaknya turut bekerjasama dengan Amal by Malaysia Airlines dan telah menempah enam penerbangan khas bagi musim 2025 dan 2026 – satu lonjakan besar berbanding hanya dua penerbangan khas yang ditempah pada tahun sebelumnya.
“Kempen ini adalah trip edisi khas dan kami bekerjasama dengan Amal by Malaysia Airlines di mana sebanyak enam penerbangan telah ditempah khas dan membawa 1,600 jemaah menunaikan umrah bagi dua musim akan datang,” katanya lagi.

Salah satu faktor utama yang menarik perhatian jemaah adalah pakej umrah 9 hari 7 malam yang ditawarkan pada harga serendah RM4,970. Menurut Ustaz Fahmi, pakej ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kekangan masa dan tidak dapat bercuti panjang.
“Pakej ini menjadi pilihan untuk mereka yang sukar mendapat cuti kerana perjalanan melaksanakan umrah hanya 9 hari. Ia menyumbang kepada peratusan terbesar daripada keseluruhan jemaah pada musim kali ini,” jelas beliau.
Sebagai tarikan tambahan, In Saff Travel turut menawarkan promosi potongan harga sebanyak RM200 kepada jemaah yang membuat tempahan pada musim kurang sibuk. Lebih menarik, semua pelanggan yang menempah pakej bersama In Saff turut berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah kereta.
