da38b846-2f6e-499c-a1f2-0a310991068b

Bangi – Saudagaar Asia Sdn Bhd (Saudagaar Asia), pengeluar produk coklat terkenal jenama Choco Albab, optimis mengukuhkan kehadirannya dengan melancarkan keluaran baharunya, minuman Choco Albab Belgian Mocha satu minuman premium berasaskan koko Belgian yang dirumus khas untuk gaya hidup moden dan citarasa mewah.

Pengasas dan Ketua Eksekutif Saudagaar Asia, Said Saiful Fazli Said Aluwi, berkata produk serbuk minuman Choco Albab Belgian Chocolate sebelum ini mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar coklat dan berjaya menembusi pasaran Asia.

Pengasas dan Ketua Eksekutif Saudagar Asia, Said Saiful Fazli Said Aluwi

“Kita mendapat banyak cadangan dari pengguna yang ingin minuman coklat dan kopi, jadi kali ini kita keluarkan pula dengan campuran kopi premium untuk belgian mocha.

“Ia mengandungi 33% koko Belgian premium, diformulasi tanpa gula putih dan menggunakan pemanis rendah kalori (sucralose), menariknya produk ini juga mesra vegan dan laktosa-intoleran” katanya.

Jelasnya lagi, selain komitmen jenama terhadap kualiti dan kesihatan pengguna, Choco albab terus mempergiat usaha memperkasa komuniti usahawan kecil, para wanita dan belia melalui platform perniagaan yang inklusif.

“Kita lihat pada masa kini, ramai usahawan kecil yang terdiri dari kalangan para ejen jualan kami mengambil inisiatif sendiri berniaga air coklat Choco Albab terus dari bonet kereta atau gerai kecil, dan ini membuatkan kami di HQ begitu teruja membantu mereka dalam menambah baik usaha sedia ada.

“Saya ada juga menerima beberapa komen dari pengguna yang mengatakan rasa air coklat dari beberapa usahawan kurang sedap, ada peniaga jual sedap, ada peniaga lain pula jual kurang rasa.

“Jadi kami di HQ mengambil maklum dan menyelaraskan resepi bancuhan air coklat dengan mengadakan kursus bimbingan secara percuma kepada para usahawan” jelasnya kepada media selepas majlis anugerah Rising Star 2025 di Bangi Avanue Convention Centre.

Tambahnya, Choco Albab turut menawarkan modal serendah RM150 sahaja bagi para usahawan yang ingin memulakan perniagaan dengan pakej penyediaan produk minuman, gelas plastik, stiker, straw dan banner.

“Niat kami untuk membantu terutama golongan B40, suri rumah, OKU atau golongan yang kehilangan pekerjaan untuk memulakan perniagaan kecil, Insya Allah dengan usaha ini dapatlah membantu menjana pendapatan tambahan.

“Rekod kami melalui uasahawan air bonet ini menunjukkan mampu menjual lebih kurang 150 sehingga 200 gelas sebulan dan meraih pendapatan sehingga RM2000 bersih” ujarnya lagi.

Sementara itu, usahawan kecil Nur Sabiha Mohd Zailan, 28, memulakan perniagaan Choco Albab pada tahun 2023 sebagai ‘dropship‘ selama setahun. Kemudian memulakan inisiatif menjual air coklat dari bonet kereta pada tahun berikutnya.

“Saya memulakan perniagaan dari bonet kereta dan membuat hantaran video ke platform Tik Tok serta Instagram, Alhamdulillah tak sangka ianya tular dan membantu meningkatkan perniagaan saya.

“Bermula dari 2 gelas sehari dan kini saya mampu menjual sehingga 30 gelas dengan membuka tempahan dan dihantar ke pejabat-pejabat, kawasan pembinaan dan rumah-rumah. Saya bersyukur dengan pendapatan ini juga dapat membantu ibu saya dan mengupah pembantu bagi menjaga anak-anak ketika keluar berniaga” jelasnya.

Pelancaran Choco Albab Belgian Mocha merupakan titik tolak kepada revolusi gaya hidup sihat melalui minuman premium. Ia bukan sekadar sedap, tetapi juga memenuhi keperluan pemakanan moden dan menyokong komuniti usahawan.

Choco Albab kini memiliki 95,000 usahawan dibawahnya di seluruh Malaysia dan Singapura.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading