Terkini di media sosial, Dato’ Aliff Syukri tular sekali lagi hari ni. Bukan sebab lagu baru, bukan juga drama TikTok tapi mengenai video dan gambar usahawan hebat ini posing depan private jet miliknya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff memuat naik video dia dilhat teruja bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam.

“Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulisnya.
Dalam video berkenaan turut menunjukkan Aliff bersama anaknya itu melakukan lawatan ringkas di dalam pesawat tersebut sambil

“Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet,” katanya.
Berdasarkan hasil carian, model pesawat Cessna 172 antara model paling laris dianggarkan sekitar RM1.6 juta.
