Putrajaya – Syarikat pemaju hartanah tempatan, WeBest Sdn Bhd, secara rasmi melancarkan projek kediaman terbaharu mereka, Amai Residence, yang terletak di kawasan strategik Shaftsbury, Putrajaya.
Projek ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk memperkukuh pertumbuhan sektor hartanah serta merancakkan ekonomi tempatan, khususnya di Putrajaya pusat pentadbiran negara.
Kediaman Berkualiti, Harga Berpatutan
Menurut Pengarah WeBest Sdn Bhd, Calvin Chan, Amai Residence merupakan simbol komitmen syarikat dalam menyediakan pilihan perumahan berkualiti tinggi dengan harga yang mampu dimiliki oleh rakyat, khususnya golongan berpendapatan sederhana.
“Pembangunan ini akan merancakkan lagi sektor hartanah tempatan kerana ia bukan sahaja membuka peluang pemilikan rumah baharu, malah mampu merangsang ekonomi pembinaan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa projek ini dijangka akan meningkatkan taraf hidup penduduk melalui penyediaan kemudahan moden, persekitaran yang selesa dan reka bentuk kediaman yang sesuai dengan gaya hidup masa kini.
Amai Residence tidak hanya menumpukan kepada aspek pembinaan fizikal semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira kesinambungan dasar kerajaan dalam memperluaskan projek perumahan mampan dan menyokong pembangunan bandar pintar.
“Kami mengambil pendekatan holistik dalam pembangunan ini bukan sahaja dari segi kediaman, malah dalam menyumbang kepada pembangunan lestari bandar Putrajaya sebagai pusat urban moden.
Menariknya, Amai Residence dibangunkan berteraskan konsep premium tetapi kekal dalam kategori mampu milik. Ini memberi peluang kepada mereka yang berada dalam kelompok berpendapatan sederhana termasuk yang tidak layak membeli rumah PR1MA atau rumah kos rendah untuk memiliki kediaman yang selesa di lokasi yang sangat strategik.
Amai Residence terdiri daripada tiga kategori iaitu Rumah SelangorKu pada harga RM240,000, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) (Arm300,000) dan unit terbuka pada harga bermula RM380,000.
Walaupun terdapat kategori berbeza, semua unit mempunyai keluasan yang sama iaitu 1,000 kaki persegi.
Unit terbuka didatangkan dengan kabinet dapur, pendingin hawa dan pemanas air yang merupakan nilai tambah projek tersebut.
Pelaburan Masa Hadapan yang Menguntungkan
Calvin turut menyatakan keyakinan bahawa Amai Residence akan menjadi antara pemangkin peningkatan nilai hartanah di Putrajaya dan kawasan sekitarnya seperti Cyberjaya, Bangi, Dengkil, Sepang dan kawasan pinggiran Lembah Klang.

“Dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, Putrajaya dijangka berkembang pesat sebagai bandar pintar dan bandar hijau utama negara. Ini bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup, malah turut menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan,” katanya lagi.
Projek ini disasarkan kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penjawat awam yang bekerja di Putrajaya, pembeli rumah pertama, pelabur hartanah, serta individu atau keluarga yang bekerja dan menetap di kawasan sekitar.
Akses mudah ke pelbagai kemudahan seperti hospital, institusi pendidikan, pusat beli-belah, lebuh raya utama serta perkhidmatan awam menjadikan Amai Residence pilihan utama bagi mereka yang mencari gabungan antara kemampuan, keselesaan dan gaya hidup moden.
Bagi orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan projek Amai Residence, boleh hubungi talian atau whatsapp 016-4195115 (Nazrin)
