vivo V60 Lite KV

vivo Malaysia dengan bangganya memperkenalkan vivo V60 Lite 5G, tambahan terbaharu dalam barisan siri V yang memadukan rekaan berani dengan hiburan yang mengasyikkan. Dengan slogan “Non-Stop Fun with The Toughest Lite Around”, peranti ini tampil dengan estetika yang menarik, audio yang mantap, serta ketahanan unggul bagi memenuhi gaya hidup aktif masa kini.

Rekaan Baharu Yang Menyerlah di Setiap Pandangan

vivo V60 Lite 5G benar-benar menghidupkan maksud “Non-Stop Fun” bukan sekadar slogan, tetapi sebagai satu gaya hidup. Peranti ini tampil dengan warna Pop Pink yang menyerlah, membawa aura ceria, optimis dan bertenaga. Kesan iridesen yang halus memberikan dimensi tambahan, menambahkan sentuhan ‘magik merah jambu’ yang mampu menaikkan mood dan mengurangkan tekanan harian.

Direka untuk mereka yang gemar mengekspresikan keperibadian tersendiri, V60 Lite 5G tampil dengan binaan premium serta modul kamera lutsinar yang moden dan elegan. Gabungan elemen ceria dan ketelitian rekaan menjadikan telefon ini kelihatan segar dan bergaya — sepadan dengan personaliti pemiliknya.

Pengalaman Hiburan Sinematik Dalam Genggaman Anda

Hiburan menjadi lebih mengasyikkan dengan paparan AMOLED 6.77 inci yang luas, bersama kadar segar semula 120Hz dan sijil HDR10+ untuk visual yang menakjubkan. Sama ada anda menonton siri Netflix dalam HDR atau filem blockbuster di Amazon Prime Video HDR, warna yang dipaparkan kelihatan hidup dan realistik dengan kontras yang hebat.

Dengan nisbah skrin-ke-badan mencecah 94.2%, pengalaman tontonan dan permainan menjadi lebih mendalam, seolah-olah anda benar-benar berada dalam setiap babak.

Reka Bentuk Tahan Lasak untuk Gaya Hidup Aktif

Dibina untuk menyokong gaya hidup moden yang sentiasa bergerak, vivo V60 Lite 5G menampilkan gabungan reka bentuk elegan dengan ketahanan luar biasa. Disahkan oleh SGS Five-Star Drop Resistance serta Pensijilan Ketenteraan, telefon ini dilengkapi kaca perlindungan khas dan struktur kusyen dalaman bagi menahan hentakan dan terjatuh.

Tambahan lagi, ia mempunyai ciri kalisan habuk dan hujan berat selama sehingga 12 jam, serta masih boleh digunakan walaupun tangan basah atau berminyak. Fungsi seperti One-Tap Water Ejection dan One-Tap Dust Ejection memastikan telefon sentiasa bersih dan sedia digunakan sesuai untuk mereka yang aktif dan sentiasa bergerak.

Bunyi Hebat, Lebih Lantang dari Biasa

Audio turut dipertingkatkan dengan pembesar suara stereo berkembar yang memberikan peningkatan bunyi sehingga 400%. Sama ada bermain permainan video, menonton filem atau mendengar muzik di luar rumah, bunyi yang dihasilkan kekal jelas dan bertenaga walaupun dalam suasana bising. Ini memberikan pengalaman audio sinematik yang mengasyikkan, di mana-mana sahaja.

Pra-Tempah & Promosi Eksklusif

Mulai 3 Oktober 2025, pra-tempah vivo V60 Lite 5G dan nikmati pakej ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1199, termasuk jaminan lanjutan dan fon telinga vivo TWS. Hadiah Pra-Tempah di Stor Konsep vivo termasuk:

  • Jaminan Lanjutan 1 + 1 Tahun
  • Jaminan Perlindungan Skrin Retak 1 Tahun
  • Perlindungan Penutup Belakang 1 Tahun
  • Jaminan Pelbagai Wilayah
  • Set Hadiah “Holiday Vibes”
  • vivo Buds
  • Rebat sehingga RM300*
  • Pelan Ansuran Tanpa Faedah (0%)

vivo Malaysia juga memperkenalkan dua pilihan pelan ansuran khas sempena tempoh promosi ini:

1. SPayLater

  • Diskaun 10% (maksimum RM100) untuk pembelian minimum RM500
  • Tempoh ansuran sehingga 24 bulan
  • Yuran bulanan 1.5% untuk pelan lebih dari 3 bulan

2. PayLater by Grab

  • Diskaun RM30 untuk pembelian minimum RM250
  • Pelan ansuran 0% sehingga 4 bulan dengan kod promo: PAYLATER30
  • Yuran bulanan 1.5% untuk pelan 8 atau 12 bulan
  • Hanya di Stor Konsep vivo terpilih

Rebat Pembelian Terhad

Rebat ini hanya sah sepanjang tempoh promosi:

  • RM200 diskaun untuk varian 12GB + 256GB
  • RM300 diskaun untuk varian 12GB + 512GB

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading