Samsung Electronics mengumumkan bahawa ciri Sleep Apnea kini tersedia di Malaysia melalui aplikasi Samsung Health Monitor pada siri Galaxy Watch. Ciri ini membolehkan pengguna dewasa berumur 22 tahun ke atas yang tidak didiagnosis dengan sleep apnea untuk mengesan tanda-tanda sleep apnea obstruktif sederhana hingga teruk dalam tempoh pemantauan dua malam.
Pencapaian ini susulan daripada penerimaan Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia. Sijil ini mengesahkan bahawa Samsung mematuhi piawaian kesihatan, keselamatan dan perlindungan alam sekitar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tersebut, mengukuhkan kepimpinan Samsung dalam teknologi tidur. Selain itu, ciri ini juga telah mendapat kelulusan daripada Therapeutic Goods Administration Australia dan Health Sciences Authority Singapura.
Samsung komited untuk membantu pengguna meningkatkan kualiti tidur mereka dengan memahami corak tidur, menyediakan bimbingan tidur yang diperibadikan dan mengoptimumkan persekitaran tidur mereka. Dengan adanya ciri Sleep Apnea, lebih ramai pengguna kini dapat mengesan simptom lebih awal, membantu mencegah masalah kesihatan yang berkaitan dengan keadaan yang sering tidak didiagnosis ini.
Sehingga 31 Oktober, dapatkan Siri Galaxy Watch baharu dengan diskaun ini untuk memperluaskan ekosistem Galaxy anda:
| Model | Connectivity | Colour | RRP | Rebates |
| Galaxy Watch8 (44mm) | Bluetooth | Graphite | RM1,399 | · 30% off selected additional Watch Bands· Enhanced Trade-in worth up to RM250 |
| Silver | RM1,399 | |||
| Bluetooth + LTE | Graphite | RM1,699 | ||
| Silver | RM1,699 | |||
| Galaxy Watch8 (40mm) | Bluetooth | Graphite | RM1,299 | |
| Silver | RM1,299 | |||
| Bluetooth + LTE | Graphite | RM1,599 | ||
| Silver | RM1,599 | |||
| Galaxy Watch8 Classic (46mm) | Bluetooth | Black | RM1,799 | |
| White | RM1,799 | |||
| Bluetooth + LTE | Black | RM2,099 | ||
| White | RM2,099 | |||
| Galaxy Watch Ultra (2025) | Bluetooth + LTE | Titanium Blue | RM3,399 | · Galaxy SmartTag2 worth RM149· 15W Power Adapter without cable worth RM59· 10,000mAh Battery Pack worth RM159· 30% off selected additional Watch Bands· Enhanced Trade-in worth up to RM250 |
Untuk membeli peranti terkini Samsung, sila lawati laman web berikut:
- Samsung Galaxy Watch8: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch8/buy/?modelCode=SM-L320NZSAXME
- Samsung Galaxy Watch8 Classic: www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch8-classic-46mm-black-bluetooth-sm-l500nzkaxme/
- Samsung Galaxy Watch Ultra: www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch-ultra-2025-47mm-titanium-blue-lte-sm-l705fzb1xme/
