1

Sepang – Penyedia perkhidmatan haji dan umrah terkenal, Juara Travel & Tours Sdn Bhd mengambil pendekatan strategik dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan di negara ini.

Juara Travel merupakan antara 31 syarikat pelancongan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen bagi musim Haji 1447H/2026M yang dilantik sah oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Pengarah Urusannya, Hajah Rosnah Wagino berkata bertepatan dengan slogan ‘Juara Pilihan Kami’, kumpulan itu komited dan optimis akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah dan haji.

“Kami akan terus berkeyakinan, perancangan yang rapi dan usaha yang berterusan akan memacu perkembangan syarikat yang kini berkembang dan dikenali di seluruh negara.

“Alhamdulillah, ini tahun ketujuh kami menerima amanah, dengan pengalaman luas dan pasukan yang profesional lebih 25 tahun, kami yakin mampu merealisasikan impian bakal jemaah untuk menunaikan haji dengan tenang dan selesa.

“Untuk tahun ini, terdapat tambah nilai terbaik yang ditawarkan untuk bakal jemaah Haji dan persediaan yang rapi akan diberikan kepada para jemaah yang memilih kami sebagai agensi pengelola haji mereka” katanya dalam seidang media selepas majlis penyerahan lesen pengendali Haji 2026 di Movenpick petang tadi.

Juara Travel menawarkan empat kategori pakej utama, Ekonomi, Standard, Premium, dan Premium Plus dengan harga tertinggi sehingga sekitar RM125,000 bagi pilihan yang paling eksklusif. Setiap pakej hadir dengan kemudahan antaranya; Penginapan dalam radius tidak lebih 500 meter dari Masjid al‑Haram, makan tiga kali sehari, tiket tren laju antara Madinah dan Mekah (untuk nilai tambah) dan pengiring profesional dan organisasi kukuh yang mengurus lebih 1,200 jemaah haji dan 148,000 jemaah umrah sejak 2018.

Tambahnya lagi, Juara Travel sentiasa memfokuskan keselematan dan keselesaan para jemaah sesuai dengan kemampuan.

“Juara Travel menitikberatkan aspek kebajikan dan keselesaan jemaah. Setiap pakej yang ditawarkan mengambil kira hotel yang selesa, fasiliti mencukupi serta harga yang mampu milik. Segala perincian diurus dengan teliti bagi memastikan pengalaman jemaah berjalan lancar dari tanah air hingga ke Tanah Suci.

Hajah Rosnah turut memberi nasihat kepada bakal jemaah agar lebih berhati-hati dalam memilih agensi pengurusan haji bagi mengelakkan terjebak dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pilihlah syarikat yang tersenarai dan diiktiraf oleh Tabung Haji. Pastikan semak status lesen dan kemampuan agensi sebelum membuat bayaran. Insya-Allah, Juara Travel kekal sebagai pilihan yang diyakini dan dipercayai.” ujarnya lagi.

Sementara itu, Tuan Haji Muhammad Al-Makki, Pengurus Haji & Tanah Suci Juara Travel berkata, kekuatan agensi ini terletak pada organisasi yang kukuh, petugas berpengalaman dan keupayaan kewangan yang mantap.

Selain itu, mereka sentiasa memastikan semua perkhidmatan berjalan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Tabung Haji.

Pengarah Urusan Juara Travel, Hajjah Rosnah Wagino dan Pengurus Haji & Tanah Suci, Haji Muhammad Al-Makki bersama lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) 2026.

Dengan rekod bersih dan reputasi kukuh selama lebih dua dekad, Juara Travel bertekad untuk meneruskan misi membantu umat Islam menunaikan “Haji Mabrur Bersama Juara Travel” dengan penuh amanah dan keikhlasan.

Bagi orang ramai yang merancang untuk menunaikan haji tahun ini dan mencari pakej terbaik, boleh hubungi talian 03-9226 7105 atau layari www.juaratravel.com.my

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading