Kuala Lumpur – Sipzz, jenama tumbler gaya hidup bertemakan Gen Z yang diasaskan di Singapura, hari ini membuka Flagship Store pertamanya di Paradigm Mall, Petaling Jaya, menandakan kemasukan rasmi jenama itu ke pasaran Malaysia dengan strategi runcit yang lebih kukuh.
Flagship store berkonsepkan rekaan pastel ceria ini direka khas untuk memberi ruang kepada pengunjung mengekspresikan mood, warna dan personaliti mereka sendiri sambil menggalakkan amalan penghidratan harian demi kesejahteraan yang lebih baik.
Berdasarkan falsafah jenama “Drop the Boring, Sip the Fun”, Sipzz berusaha memposisikan hidrasi bukan sekadar rutin, tetapi sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang menyeronokkan dan bermakna.

Produk Berkualiti & Pensijilan SGS
Tumbler Sipzz diperbuat daripada keluli tahan karat 304 gred makanan yang memberikan ketahanan tinggi serta pengekalan suhu lebih efektif berbanding produk biasa di pasaran. Beberapa model pilihan seperti H2O Medium dan H2O Large turut menerima pensijilan SGS, memberikan jaminan kualiti dan keselamatan untuk kegunaan harian.
Menangani Keperluan Gen Z
Menurut Pengurus Pemasaran Sipzz Malaysia, Catherine Soo, matlamat utama jenama adalah menjadikan amalan minum air lebih menarik dan personal melalui reka bentuk yang kreatif serta praktikal. Beliau turut menekankan bahawa golongan Gen Z kini lebih menekankan elemen identiti, estetika dan pengalaman dalam memilih produk bukan semata-mata fungsi atau harga.
Sebagai sebahagian daripada strategi penjenamaan, Sipzz turut memperkenalkan dua koleksi edisi terhad sempena pembukaan kedai ini: Koleksi Spring yang menampilkan rekaan bertemakan bunga yang segar serta Koleksi Mew Mew yang penuh elemen comel dan ceria direka khas untuk menarik minat pengguna muda.

Pengalaman Runcit Interaktif & Personalisasi
Pengunjung flagship store turut ditawarkan pengalaman lebih imersif termasuk peluang mengukir nama sendiri pada tumbler pilihan, menjadikan setiap produk lebih unik dan personal. Harga produk ditawarkan bermula daripada RM49.90 untuk coffee cups sehingga RM149.90 bagi mega bottles, menjadikannya mampu milik bagi pelbagai segmen pengguna.
Flagship store Sipzz di Paradigm Mall Petaling Jaya dibuka dari 9 hingga 11 Januari 2026, dengan pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi ukiran, pratonton produk dan aktiviti interaktif lain bagi memeriahkan sambutan pelancaran.




Perancangan Pengembangan & Komuniti
Catherine Soo turut berkongsi perancangan jenama untuk terus berkembang di Malaysia dengan membuka beberapa kedai konsep lain di lokasi strategik seperti Paradigm Mall Johor Bahru, Sungei Wang Plaza, 1st Avenue Penang, JBCC serta Sunway Square pada suku pertama 2026.
Selain kehadiran fizikal, produk Sipzz juga boleh dibeli melalui store-in-store Tataa & Friends dan platform e-dagangan seperti Shopee dan TikTok Shop, sejajar dengan trend jualan digital yang semakin berkembang, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Sipzz kini membina bukan sekadar pelanggan, tetapi komuniti pengguna loyal yang akan kembali untuk koleksi edisi terhad dan produk baharu menjadikan jenama ini bukan sahaja pilihan tumbler harian, tetapi juga satu gaya hidup Gen Z masa kini.
